Thursday, 10 December 2015

Progesterone Result

Pagi tadi adikku bagitau result progesteronku 47ng/ml Tinggi. Kalau di tukar ke unit lain 149.5nmol/L.
Kalau ikutkan teori maybe pregnant. Tadi saja lah adikku buat beta hcg. Result <1.2. Memang negatif lagi. Baru dpo7 kan semalam. Kalau masa preggy anak no 2 (Qayla) dulu pun dpo11 12.7miu/ml. Jadi kalau betul pregnant belum dapat detect lagi.

Perut rasa cramp n berketul je rasa. Tadi masa kursus Penyediaan Boreh pun tak kusyuk bila tengok result tu tinggi. Dalah hati ada letak harapan juga la kan. Kalau orang lain pun sama hehe. Apa2 pun daku tahu DIA akan beri keputusan yang terbaik buat daku dan keluarga.

Ni result p4 ku...

DPO7 Progesterone Test

Hari ini ada kat Ipoh. Dalam pukul 11 lebih pagi tadi pergi Bp Lab buat blood test untuk hormon progesteron (P4) sebab rini DPO7... harap result ok. Esok pagi kot dapat result. Asyik nak terkucil je. Sekarang ni pun on the way ke Penang. Esok pagi ada kursus. Dok ngap2 buah dalam kereta.

2 cycles sebelum ni suhu lambat gear up. Tu yang nak tengok P4 ni. Buat upt pagi tadi negatif je. Takde rasa preggy pun hehe. Kadang naluri ni boleh dipercayai..kita tengok ye macam mana hasilnya pada Dpo15 ngeee...

Monday, 7 December 2015

Simptom Perasan?

Assalam dan salam sejahtera... Macam dah berhari2 tak update blog ni. Rini DPO4..suhu jadi macam pembaris..petang2 ni rasa badan berbahang. Dari malam tadi ke pagi tangan jadi gatal2...mula lah perasan macam simptom birasku pregnant...haha..tangannya jadi gatal2... lepas abis mengurut tadi ok je balik. Pagi tadi urut adik sahabat UM ku di Bandar Baru Sri Petaling dengan maknya. Fuhh..rumah macam istana tau...tengok2 dah macam sesuai shooting cite Hindustan je hehe...swimming pool kattengah2 rumah kau...jakun sekejap..ye la daku orang kampung2 style je..rumah pun kecik je kan ...masa tengok tu terus tanamkan azam..nak juga rumah gitu 1 hari nanti sebenarnya hehe...pahit akan manis akhirnya kan...pastu rasa best tgk baby customer ku itu...baru usia 7 hari..boy lak tu. berangan la dapat boboi cmtu..comei bangat..ahaks...kalau ada rezeki adalah kan..kun fa ya kun... tak kisah la girl ke boy..DIA bg terima je...as long sihatdan selamat...

Perut dari ovulasi ritu sampai sekarang masih bloated. Angin kus2 dok keluar je rini..dah la kerap kencing lak tu...rasa macam rahim terturun pun ada. Ermmm...nak sengkak sendiri tak berani lak.. dah lama daku dan kak nor tak tukar2 urut lantaran masa yang terhad...huhu..tawakal je la...harap takde apa..rabu akan bertolak balik Ipoh dulu...tidur sana semalam...khamis balik Penang...Jumaat ada kursus penyediaan Boreh..Ahad kursus cara penyediaan set bersalin lengkap. Ikut gerak hati je sekarang ni nak buat apa pun...berserah bulat2 apa yg ditakdirkan. Mungkin rezeki bukan sebagai usahawan lagi tapi susahawan hehe...baru la "akar" ku kuat kan... :)

Baru tadi post ni..nak bagi ttcians berubah ke arah positif kt group TTC Malaysia dan personal fb ku... kalau dulu cakap lembut2 ramai je yang tak nak berubah...memang kena kasi sentap baru hasilnya sedap hehe...oh ye... kat bawah tu daku share bbt rini... tak letak harapan pun..just fikir ada rezeki pasti milik kita punya kan...kun fa ya kun...daku tahu DIA kan beri yang terbaik buat hambaNYA...

Dear ttcians
------------
WARNING PADA PEMBACA... kalau kepala u all negatif JANGAN BACA post ni...
Ayatku memang pedas... sebab daku dah lalu JALAN yg sama u all sedang lalui...ada lopak..ada duri...ada perangkap samar... ada nyamuk... macam2 ada la pendek kata.. yg mana sentap sbb memang kena batang hidung sendiri... walau tak selama u all ttc..saya ttc 5y2m je... tapi tetap lalu JALAN yg sama...zaman JAHILIAH yg pernah daku lalui...
Ayat sedih - tak percaya qada dan qadar tuhan
Ayat perasan preggy - letak harapan tinggi bila berusaha sedangkan kun fa ya kun
Ayat putus asa - kita ni bkn insan yg senang2 je sekali tembak terus lekat... org lain yg riak akan anggap suami mereka hebat atau suami mereka sendiri kata mereka power...lupa yg DIA yg bagi... kita kena usaha lebih try iui la..ivf la.. detox la..urut la..mkn itu makan ini..cucuk sana cucuk sini baru DIA nk bg sbb kita KUAT n MAMPU hadapi dugaan ini...org yg riak tu belum tentu leh hadapi..dan maybe dia hadapi dugaan lain (tanpa sedar)... tp riak mengalahkan firaun kadang tu...hmmm (pada yg pernah begini moga sentap dan insaf dengan ayat ni hehe)... mmg pedas dan kena batang hidung...hanya yg mengalami akan memahami
Ayat sang PEMALAS - rasa mcm diri nak dok saja mcm org senang lekat.. tak yah g check up bagai..x yah telan itu ini.. x yah jogging bagai utk turun berat..dalam kepala kata tu jiran saya tu bdn besar anak setahun sorg...ada ke sama hormon dia..masalah dia... rahim dia..cara hidup dia dgn anda? Saya pasti kembar seiras pun xkan sama..apatah lagi anda kembar x sebapa x seibu...anggap ada PINTU DORAEMON... nk mudah semua.. pastu dok rasa org hantar sihir tak abis2...sedangkan ovulasi setahun sekali baru ada.. pcos..kena la turun berat badan...
Nak cari info ttc pun malas yg amat...nak bersuap bagai..ingat nanti ada anak ada org tolong cebokkan berak dia??? Anak nangis n sakit bg babysitter buat semua..kita tidur terbungkang nganga smpi masuk lalat dlm mulut? Ingat bela anak patung?? Nak anak kena la rajin...
Moga anda terus positif bagi yg belum TUKAR tu... positif la..positif la... in sha Allah DIA bg anda upt positif dan membesar dengan sihat amanahNYA itu...tukarlah cara hidup ke arah yg lebih sihat dari segi fizikal..spiritual..emosi...mental...

Ok..nanti sambung balik daa...Wassalam

Monday, 30 November 2015

Cycle baru

Assalam dan salam sejahtera...

CD10 hari ini.. anak-anak dan suami kena food poisoning. Mula-mula Qayla yang kena dulu. Dari Sabtu pagi tu muntah-muntah teruk. Ahad yakni semalam dia mula cirit birit. Nayli pun mula muntah juga. Malam tadi cirit birit. Suhu macam tak berapa valid je pagi ini. Kerap terjaga. Daku lak ceri beri juga tapi tak teruk. Suami pun. Ntah apa la makanan atau minuman yang kami amik ritu. Opk masih negatif hari ini...pagi tadi rasa gak cramp2 perut. Tak pasti simptom ovulation pain atau angin sebab ceri beri tu. Pinggang pun sakit sangat pagi tadi. Husband tolong sapu minyak dan urut-urut sikit. Alhamdulillah ada perubahan... kurang sakit dah. Sabtu dan hari ini terpaksa batalkan temujanji dengan pelanggan sebab kes 1 family kena food poisoning ni. Semalam (AHAD) tetap ambil juga pelanggan. Tengok esok lusa lak camne... :)

Wednesday, 18 November 2015

Balik dari bercuti di Hometown

Alhamdulillah sampai ke rumah di Selayang setelah bercuti jumpa keluarga di Ipoh. Esok misi bermula semula. Pakej Urutan Selepas Bersalin 2. Tadi sampai2 je rumah terus celup upt. Negatif je hehe. DPO13 rini. Cantik je rasa chart tu hehe...
Erm...naluri preggy bulan ni memang takde hehe. Sebelum ni cp ada je naluri tu. Nak cite camne pun tak tau. Hanya yang pernah alami akan tau. Suami lak dah bagitau awal2..takpe nanti kita try next cycle. Nanti due anak bulan 8. Nak lengkapkan keluarga 88888 kami hehe.

Tarikh lahir kami sekeluarga :
Jue 8.8.80
Azri 18.2.76
Nayli 8.5.11
Qayla 29.8.13

Semua ada 8... so kalau DIA perkenankan yang no 3 nanti pun nak bulan 8..amin.. lagipun kalau pantang masa tu dah lepas raya ok la...hehe...berangan tak sudah...wait n see saja apa yang DIA takdirkan. Terima je dariNYA. Sudah pasti itu yang terbaik untuk kami sekeluarga kan. Amin.

Wednesday, 11 November 2015

Bermula kembali

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pada pembaca blog ku yang telah lama ditinggalkan. Baru beberapa hari sudah daku baru buka blog ni. Tak sangka ramai juga yang membaca sehingga mencecah 32k pageviews. Alhamdulillah sedikit sebanyak boleh menjadi sumber rujukan serta menaikkan semangat ttcians.

Sekarang anak2 ku pun dah makin membesar. Nayli dah nak bersekolah dah tahun depan. Nayli sekarang berumur 4 tahun 6 bulan. Manakala Qayla pula dah berumur 2 tahun 3 bulan. Makin besar makin mencabar sebenarnya menjaga amanah zuriat dariNYA ini. Moga kami boleh menjadi ibu bapa yang terbaik mengikut landasanNYA. Amin.

Daku dah 4 cycles sebenarnya ttc untuk #3 tapi cycle ke 4 ni macam tak berapa nak fokus pasal ttc  ni lantaran banyak temujanji dengan pelanggan untuk mengurut. Oh ye, bagi yang tak tahu, daku dah mula memberikan perkhidmatan urutan tradisional Melayu kepada pelanggan menggunakan produk FORESTRA. Rata2 ttcians banyak datang untuk mendapatkan pakej kesuburan iaitu urut dan tangas. Daku memberikan khidmat konsultansi secara percuma untuk pelanggan berkaitan cara moden, tradisional dan alternatif. Sangat enjoy membantu...

Rini dpo7..tetap aktiviti penagih celup tegar dilakukan. Ternyata lah negatif. Suhu pun baru je naik hari ini. kalau tak rendah je...tak letak harapan pun. Sibuk sangat bulan ni dan tak rasa apa2 sangat pun atau maybe daku sendiri tak sedar.

Okla. Stop sini. Nak lunch. Jap lagi ada customer 2 orang lagi kt spa. Pagi tadi ke Selayang Mulia untuk pakej 3 Urut Selepas Bersalin.


Saturday, 29 November 2014

Dugaan selepas bersalin - Komplikasi lepas bersalin

Cerita sebenar : (maaf andai ada yg x patut diceritakan tapi jika tak cerita sukar nak difahami):
Bersalin di GH Penang melalui cara vaccum pada 29/8. Semasa kontraksi rasa nk buang air kecil n doc masukkan tiub tapi hanya sedikit saja yg keluar. Daku dah x larat n heartbeat baby dah x stabil jd kena la vaccum. Luka episiotomi byk. Baby alhamdulillah sihat. Semasa dijahit terus bengkak. Bengkak y...g sememangnya menyakitkan dan semakin bengkak. Masuk wad buang air kecil sikit sahaja padahal dah minum air agak byk. Doc kata normal. So sebelum discaj beberapa doc bertelagah mengatakan daku kena hematoma (darah beku) di kawasan epi. Tapi pakar kata bukan. Daku dibenarkan pulang bersama baby pada 1hb 9. Malam tu rasa cukup x selesa n x leh buang air kecil. Esoknya tghari dah x tahan sakit. Perut rasa nk meletup. Bdn menggigil. Husband call 999. Ambulans bawa g hosp kepala batas. Hasil scan, urin x keluar. Doc keluarkan hampir 2liter. Lega skit rasa. Hasil ujian xde ape. So blk umh. Ptg tu jd blk. G blk hosp. Doc check ada infeksi. Jd refer ke hospital seberang jaya. Hasil scan doc pakar perutku penuh bendalir. Doc kata maybe pendarahan atau benda lain. Kena operate segera. Ketika itu jam 4 pg. Doc akan buka blk jahitan epi sbb hematoma. Daku sedut ubat bius dan x sedar apa selepas tu. Sedar2 8pg masuk icu.

Di wad 8, pada mulanya daku ditempatkan di bilik seramai 5 pesakit. Ala2 icu juga. Wad ni wad pembedahan. Malam kedua disini daku terdengar seorg pesakit baru masuk. Menjerit2 panggil maknya. Rupanya dia kena kemalangan semasa hujan lebat. Tulang belakang nya lari. Daku rasa rupanya ada org lagi teruk dugaannya. Daku mula rasa bersyukur daku masih boleh gerakkan bdn. Di wad 8 memang x...
tak dpt tido juga. Tangan mmg x tahan dah dicucuk. Ubat antibiotik perlu dihabiskan selama 14hari. Ubat antibiotik ni yg paling kuat punya utk diriku yg ada jangkitan kuman di dalam darah, luka dan paru2. Sangat fobia setiap kali jarum dicucuk di tgn. Last day di wad 8, nurse2 buat kejutan buatku. Mereka tempatkan daku di bilik seorg. Alang2 selama berbelas hari daku x tgk anak2. Dptla jumpa di bilik seorg ni. Ada privacy. Tapi x sempat family ku bawa anak2 ke bilik dlm wad ni, daku ditempatkan di wad 4. Wad O&G. Disini pakar dah bgtau awal2 daku akan ditempatkan dalam bilik seorg saja. Lega rasa hati. Mmg dapat tido disini walau masih x puas akibat jarum yg dicucuk. Sakit...setiap kali sakit pasti daku demam. Doc semakin risau. Daku pun risau apa lagi la doc nk buat kt daku. Tapi daku selalu bgtau saya demam sebab x tahan sakit jarum ditangan ni doc. Mmg kerap bengkak n merah. Ntah berapa puluh kali bertukar jarum dan urat. Mmg sakit... nak bergerak pun susah. Dahla badanku lemah sangat. Nak turun katil pun susah apatah lagi ke toilet. Nak duduk dari baring punyala seksa. Dalam hati...dosa ku begitu banyak. Ini lah balasannya didunia. Hanya 0.0000000000001% saja....masih byk dosa ku...di wad 4 ni la daku bersetuju utk doc keluarkan air dr paru2. Rasa takut. Tp prosedur nya mudah. Lepas air dikeluarkan baru daku dapat bercakap pjg tanpa tercungap. Rakan2 FMBiosis membuat kejutan datang melawatku. Turun dr KL. Daku sungguh terharu....