Saturday, 29 November 2014

Dugaan selepas bersalin - Komplikasi lepas bersalin

Cerita sebenar : (maaf andai ada yg x patut diceritakan tapi jika tak cerita sukar nak difahami):
Bersalin di GH Penang melalui cara vaccum pada 29/8. Semasa kontraksi rasa nk buang air kecil n doc masukkan tiub tapi hanya sedikit saja yg keluar. Daku dah x larat n heartbeat baby dah x stabil jd kena la vaccum. Luka episiotomi byk. Baby alhamdulillah sihat. Semasa dijahit terus bengkak. Bengkak y...g sememangnya menyakitkan dan semakin bengkak. Masuk wad buang air kecil sikit sahaja padahal dah minum air agak byk. Doc kata normal. So sebelum discaj beberapa doc bertelagah mengatakan daku kena hematoma (darah beku) di kawasan epi. Tapi pakar kata bukan. Daku dibenarkan pulang bersama baby pada 1hb 9. Malam tu rasa cukup x selesa n x leh buang air kecil. Esoknya tghari dah x tahan sakit. Perut rasa nk meletup. Bdn menggigil. Husband call 999. Ambulans bawa g hosp kepala batas. Hasil scan, urin x keluar. Doc keluarkan hampir 2liter. Lega skit rasa. Hasil ujian xde ape. So blk umh. Ptg tu jd blk. G blk hosp. Doc check ada infeksi. Jd refer ke hospital seberang jaya. Hasil scan doc pakar perutku penuh bendalir. Doc kata maybe pendarahan atau benda lain. Kena operate segera. Ketika itu jam 4 pg. Doc akan buka blk jahitan epi sbb hematoma. Daku sedut ubat bius dan x sedar apa selepas tu. Sedar2 8pg masuk icu.

Di wad 8, pada mulanya daku ditempatkan di bilik seramai 5 pesakit. Ala2 icu juga. Wad ni wad pembedahan. Malam kedua disini daku terdengar seorg pesakit baru masuk. Menjerit2 panggil maknya. Rupanya dia kena kemalangan semasa hujan lebat. Tulang belakang nya lari. Daku rasa rupanya ada org lagi teruk dugaannya. Daku mula rasa bersyukur daku masih boleh gerakkan bdn. Di wad 8 memang x...
tak dpt tido juga. Tangan mmg x tahan dah dicucuk. Ubat antibiotik perlu dihabiskan selama 14hari. Ubat antibiotik ni yg paling kuat punya utk diriku yg ada jangkitan kuman di dalam darah, luka dan paru2. Sangat fobia setiap kali jarum dicucuk di tgn. Last day di wad 8, nurse2 buat kejutan buatku. Mereka tempatkan daku di bilik seorg. Alang2 selama berbelas hari daku x tgk anak2. Dptla jumpa di bilik seorg ni. Ada privacy. Tapi x sempat family ku bawa anak2 ke bilik dlm wad ni, daku ditempatkan di wad 4. Wad O&G. Disini pakar dah bgtau awal2 daku akan ditempatkan dalam bilik seorg saja. Lega rasa hati. Mmg dapat tido disini walau masih x puas akibat jarum yg dicucuk. Sakit...setiap kali sakit pasti daku demam. Doc semakin risau. Daku pun risau apa lagi la doc nk buat kt daku. Tapi daku selalu bgtau saya demam sebab x tahan sakit jarum ditangan ni doc. Mmg kerap bengkak n merah. Ntah berapa puluh kali bertukar jarum dan urat. Mmg sakit... nak bergerak pun susah. Dahla badanku lemah sangat. Nak turun katil pun susah apatah lagi ke toilet. Nak duduk dari baring punyala seksa. Dalam hati...dosa ku begitu banyak. Ini lah balasannya didunia. Hanya 0.0000000000001% saja....masih byk dosa ku...di wad 4 ni la daku bersetuju utk doc keluarkan air dr paru2. Rasa takut. Tp prosedur nya mudah. Lepas air dikeluarkan baru daku dapat bercakap pjg tanpa tercungap. Rakan2 FMBiosis membuat kejutan datang melawatku. Turun dr KL. Daku sungguh terharu....

Tuesday, 1 January 2013

Alhamdulillah ujian kehamilan terang benderang

Semalam pergi ke GMC. Risau hati dari semalam kerana melihatkan upt brand disclosure masih line yang sama je 'keterangannya..' Doktor H yang check, aku bagitau nak check pregnancy. Dia terus buat TVS. Dia kata nampak rahim kembang dan tebal. Tapi tak nampak ape pun. Pastu dia refer result aku masa 24hb dec (DPO11 - masa ni dapat faint line) BHCG - 12.7 miu/ml. Dia kata ni borderline. Mesti effect dari MC hari tu. Aku cakap masa kat Hospital Selayang result dah turun 3,  boleh naik ke? Dia kata tak boleh. Tapi kalau kandungan anggur boleh naik. Ish, mula bengang...pastu dia cakap bleh jadi kanser. Hmm...makin bengang aku. Aku tau la badan aku kan! Macam tak percaya lak aku pregnant. Bukan nak bagi aku lega hati. Balik aku mengomel kat kawan-kawan ttc aku di whatsapp dan FB. Hmmm...dah pangkah Dr H ni!

Dari atas : DPO15(am), DPO16(pm) dan DPO18(am)
Takut dan fobia menguasai diri sampai tidur pun tak lena. Terjaga pukul 4.30 pagi untuk ke toilet dan terus tak leh tidur. Terlelap sikit-sikit je. Aku mangambil keputusan untuk beli upt brand Guardian jam 1.30 petang selepas selesai urusan di bank hari ini. Dari jam 1 petang aku mula puasa air, minum cuma seteguk dua untuk membasahkan tekak. Kami sekeluarga mula pergi ke Tasik Titiwangsa memandangkan hari ini 1 Jan 2013, saja nak ambil angin dan release stress dengan upt yang line sama je terang. Tapi Nayli tidur je dalam kereta tak jalan mana kami. Lepas tu husbandku bawa kami ke Taman Tasik Perdana, masa ni elok sampai je Nayli pun jaga dari tidur. Bolehlah kami bawa dia main kat taman permainan kanak-kanak dan jalan-jalan. Bukan main ceria dia. Aku dalam hati tak sabar nak tahu keputusan upt. Puas main disini, kami ke Tesco membeli barang rumah sedikit. Selepas tu. husband bawa kami ke FRIM pula. Aku memang tak larat dah. Aku dok dalam kereta je sambil baring. Perut rasa tak sedap sebab penat kot. Nayli tak nak balik seronok main kat taman permainan kecil di tepi padang bola sepak. Seronok la dia sebab dia seorang je main semua. 

Dalam pukul 5 lebih kami balik rumah. Selepas kemas barang yang dibeli di Tesco tadi, aku pun buat upt. Sambil merakam.. :) Nampak line kedua muncul cepat, dalam hati aku dah syak line mesti sama terang dengan line control ni sebab kalau faint line, line T akan lambat sikit muncul..Alhamdulillah lega tengok uptku kali ini terang benderang. Tak sabar nak scan pula ahad ni. Aku nak jumpa gynae lak ahad ni kat GMC. Tak mau jumpa Dr H dah. Patutnya isnin (7 jan) buat blood test. Dr H kata kalau result >100 u pregnant. Malas dah jumpa dia. Aku nak g 6 Jan ni. Nak scan sekali. Harap nampak la sac kali ni...kalau 2 sac kan best...hehe..berangan nak twin. Kalau seorang pun dah syukur.. :)

Terang kan? :) Harap baby sihat, kuat, sempurna dan selamat...AMIN!

Saturday, 29 December 2012

Sah positif ujian kehamilan

Baru hari ni ada mood nak sambung balik. Sejak dapat result dari GMC hari tu, aku check upt tiap-tiap pagi dan jelas upt makin hari makin terang. Hari ni genap DPO 16 baru aku war-warkan kat group TTC Malaysia. Takut dan fobia masih ada...Tapi aku kuatkan semangat bagi memberi semangat kepada TTCIANS yang lain agar berjaya juga satu hati nanti. Semakin ramai yang positif sekarang ni. Harap makin ramai yang akan berjangkit! Amin!
Atas : DPO16 (Malam) Bawah : DPO15 (Pagi)
Atas : DPO16 (Pagi) Bawah : DPO15 (Pagi)

Nampak line T makin terang. Alhamdulillah. Moga kandungan ini sihat dan selamat sampai lahir. Amin...

Sejak 2-3 hari lepas aku dah start rasa pening dan sekali sekala rasa mual. Ari-ari rasa senggugut yang mild sekali sekala. Tapi tak sakit pinggang macam cycle lepas. Risau juga. Harap baby kali ni sihat dan selamat. Amin!

Aku nak repeat lagi upt Khamis depan pulak, itupun kalau tangan ni tak gatal nak celup lagi. :) Kadang-kadang rasa cuak bila creamy keluar. Ingat kot darah yang keluar, oh minta simpang. Nauzubillah. Ya Allah peliharalah kandunganku agar sihat dan selamat sehingga dia lahir. Tak sabar nak scan. Aku cadang nak pergi 7hb Januari ni. Tapi husband suruh pergi awal sikit. Mungkin 4hb Januari (Jumaat depan) la pergi. Harap masa tu dah nampak kantung. Amin...

Aku dah tengok kalendar cina tentang ramalan jantina anak. Ramalan je la kan. Semua kuasa DIA. Aku terima je tak kisah boy atau girl. Kalau TWIN lagi best...hehe... :D

Biru : Lelaki  Merah : Perempuan
 Lihat umur dan bulan mula mengandung

Tuesday, 25 December 2012

Dapat result

Pagi ni subuh aku buat lagi upt, line sama terang dengan petang semalam je. Aku rasa Hcg tak naik lagi. Suhu 36.8'C. Aku dah tak demam. Aku tunggu GMC call sampai pukul 10.30 pagi, tapi tak call pun. Aku yang call, nurse bagitau result dah dapat. Tunggu doktor review dulu. Lepas beberapa minit kemudian, GMC call. Alhamdulillah aku takde denggi. Result BHCG lak dalam 12.3 / 12.7 miU/ml. aku tak dengar sangat. Nurse sampaikan apa yang doktor bagitau pasal result aku. Katanya aku TAK PREGNANT! Sebab aku MC last month jadi result ni effect MC tu la. Hmm...aku tak cakap ape la kan. Tapi doktor suruh datang lagi 2 minggu. Haa...tu tandanya masih ada harapan la kan...Ye la masa MC ritu result kat Hospital Selayang dah turun ke 3. Takkan la bleh naik ke 12 balik kan...tak logik plak.

Perhatikan UPT 4 terakhir (Tiga yang DPO11, yang bawah DPO12-Hari ini masih faint yang sama, harap akan makin terang selepas beberapa hari...AMIN!!!)
Aku yakin aku pregnant. Susu memang dah drop. Nayli bila nyusu dok cakap 'Nenen nenen' bila dia hisap. Susu tak banyak macam selalu. Kepala dok sakit. Badan lemah dan cepat letih. Tapi makan masih berselera. Aku nak tunggu sampai Khamis atau Jumaat ni pulak untuk repeat UPT. Tengok line makin terang tak. Risaunya hati jadi macam bulan lepas...Ya Allah, kuatkanlah janin aku ini, sihat dan sempurnakanlah dia...padaMU sahaja ku memohon Ya Allah...kadang-kadang aku dok usap perut sambil berdoa. Masa mandi pun berdoa..harap sangat HCG aku makin terang.

Lagi 2 minggu kena pergi GMC. Harap masa tu baby dah nampak. Amin...tak sabar nak tunggu Khamis dan Jumaat ni...fuhhh nervous! Kuatkanlah anakku ini Ya Allah...Nayli tak nak cerai susu lagi ni. Aku harap badan aku pun kuat...Amin....


Monday, 24 December 2012

Kejutan!!!

Malam tadi last dalam pukul 2.30 pagi aku terjaga dari tido suhuku 38.6'C. Masih tinggi. Husband baru nak tido. Dia pegang dahiku dan memang rasa panas. Aku ke toilet untuk buang air. Dah tak boleh lelap mata. Dalam hati rasa risaunya, aku ni nak mati ke? Banyaknya la dosa aku ni. Dah siap nangis-nangis tersedu2. Husband lak rasa kesian sangat kan, dia g la amik air asam jawa n sapu kat kepala sambil pegang tangan aku. Dia jenis tak romantik dari kami couple lagi. Huh...hehe...tapi aku dapat rasa kasih sayangnya pada aku pada saat ini. Menguji kasih sayangnya padaku...hehe...lepas tu aku makan ubat antibiotik dan ponstan. Baru boleh tido.

Alhamdulillah suhu dari pagi sampai ke malam ni (10.01 malam) tak naik dah. Petang tadi dalam pukul 2 aku saja gatal g buat upt walaupun dalam hati dah takde harapan akan preggy...aku naik juling nak tengok upt hamil comel yang sememangnya comel tu...nampak bayang-bayang. Tapi aku tak yakin sangat sebab pernah dapat bayang macam tu banyak kali. Tapi naluri aku kata memang positif. Aku bagitau husband. Dia tak yakin juga. 

Dalam pukul 2-4 petang aku tak minum air, cuba lagi test. Tapi kali ni aku guna opk & upt sekali. Masa urin lalu kat opk line macam nak terang je walau tak abis lalu lagi sebab ketara warnanya. Ya, memang positif. Upt lak faint! Terkejut aku!!! Tak percaya! Aku pregnant semula! Dalam hati syukur tak terhingga kepadaNYA! Hari ni DPO11. So, line memang faint. Petang dalam pukul 5 lebih aku, husband n Nayli g Gombak Medical Centre semula untuk buat ujian darah. Full blood count untuk check denggi, aku risau juga ada kemungkinan denggi. Dan BHCG. Jumpa doktor Hamizah, dia kata baru datang 2 hari lepas kenapa datang lagi. Bagitau saya risau kena denggi sebab ada kes area rumah saya. Dia tengok rekod aku sebelum ni yang MC tu. Aku pun bagitau saya ada buat UPT dirumah dapat line samar. Dia pun kata meh kita scan tengok. Masa scan nampak rahim aku tebal. Tapi sememangnya tak nampak pe lagi. Scan dari atas je. Pastu doc amik darah. Katanya result kalau despatch tak balik lagi boleh la dapat malam ni. Tapi kalau tak esok pagi. Rasanya esok pagi ni. Dah 10.11 ni tak de call pun...Kena caj RM60.00 tadi. Nasib scan tak kena...tak sabar nak tau result esok.

Yang pink OPK (Positive) yang biru UPT (faint positive) at DPO 11




Sunday, 23 December 2012

Demam berkurangan

Baru malam ni rasa ok sikit untuk menaip. Alhamdulillah sampai ke malam ni demam semakin berkurangan...malam semalam pergi Gombak Medical Centre. Doktor tanya macam-macam untuk memastikan penyakitku. Demam berapa hari? Ada sakit perut? Ada muntah? Sakit apa-apa? Dan macam-macam sampai aku dah lupa dah malam ni. Mulanya dia syak aku denggi tapi memandangkan baru 2 hari demam, ujian darah tak boleh dibuat. Doktor periksa juga anak tekak ku. Katanya tak de merah, so dia syak mungkin jangkitan kuman, dia suruh pergi toilet untuk buat ujian Urine FEME.

Dari ujian tersebut didapati terdapat darah dan kuman dalam urin ku. Tetapi masih 1+. So, tidak teruk sangat. Patutla aku tengok air kencing aku keruh. Husband aku risau aku kena denggi. So far, sampai malam ni tak de demam teruk macam semalam sampai muntah satu plastik. Nasib husband dah sediakan plastik kat bawah tilam. Masa Muntah tu Nayli siap menangis ketakutan tengok aku muntah dengan dasyatnya lepas makan bihun sup. Abis ubat antibiotik, ponstan & Vit C yang ku telan + bihun sup dan karipap sebiji. Lepas muntah baru aku rasa lega.

Pagi tadi aku buat upt lagi (DPO10), sah-sah negatif. Mula dalam petang tadi dah keluar creamy yang agak banyak bagiku (sebelum ni takde keluar). Tanda preggy? Tanda Period? Masih ada gak terselit harapan rupanya aku ni. Aku mengira lagi opk yang aku buat bulan lepas iaitu cd24 - positif. Upt masa tu very faint line. Anggaran dpo13 masa tu (Masa ni stop bbt, jadi tak tau exactly, anggaran berdasarkan EW. Opk aku buat juga petang tadi - Negatif juga.Harapan dah tinggal 30 preggy 70 period.

Tunggu dan lihat saja la...

Friday, 21 December 2012

Demam teruk

Hari ni (DPO8) pagi terjaga jam 4 lebih. Sakit perut nak membuang sangat. Suhu 38.0'C. Ku catitkan ke dalam FF tapi tick fever. Dari pagi sampai tengah hari suhu makin tinggi. Takut nak makan panadol. aku try google. Tak digalakkan untuk makan. Tapi suhu makin meningkat ke 39.0'C. Ini tak leh jadi. Aku risau kang sakit lain yang datang. Telan gak la panadol 2 biji dan terus naik atas. Berselimut dan pakai baju sejuk berlapis-lapis sampai berpeluh. Pos laju datang dalam pukul 4 lebih. Aku dah simpan siap-siap urin yang aku puasa dalam bekas sebab aku minum banyak air untuk bagi panas mengurang cepat. Aku pun check OPK, nampak line macam sama terang. UPT lak jelas negatif.

Ini OPK yang dibuat tadi (DPO8)
Ini BBT cycle ni yang menunjukkan ovulasi berlaku pada CD15 semasa  line T pada OPK terang dari line C.


Ini untuk perbandingan, yang disebelah kiri OPK bulan lepas masa sebelum MC. Tengah OPK selepas MC untuk tahu  masa ovulasi. OPK ni selari dengan peningkatan suhuku. Yang kanan sekali hari ni.

Aku buat perbandingan dengan OPK sebelum ini, masa nak tentukan ovulasi. Nampak macam sama je dengan yang lain tu. Buntu aku memikirkan aku punya OPK ni positif ke negatif. Tapi nampak lebih kepada negatif la. Suhu badan aku dah makin turun sekarang jam 7.10 malam. Rasa lega sikit bila dah berpeluh. Perut rasa kembung je. Rasa macam berketul je kat ari-ari. Tanda positif ke ni? Tunggu esok pulak macam mana...Harap OPK akan makin positif. Aku tengok line T macam kuat je terangnya selepas MC ni start dari nak check ovulasi hari tu.