Tuesday, 26 January 2016

Dpo1 : Cycle 7

Baru balik dari meeting di Shah Alam. Rini perut dan pinggang rasa tak sedap. Cycle ni eggwhite banyak pula keluar masa cd11... naluri kekonon kata macam ada tanda positif..wallahualam..kita tengok camne cycle ni. Husband dah sibuk ajak amik anak anugerah lelaki. Bukan senang dapat juga anak anugerah ni. Semua bergantung pada rezeki juga. Memang dah ready juga andai ada rezeki kami untuk menjaga anak anugerah...

Anak-anak kami tengah demam. Sekarang ni dalam perjalanan ke klinik untuk kali ke 2. Nak buat blood test lak. Sekarang ni memang musim demam sebab cuaca sangat panas... sian anak-anakku...Ibu doakan sangat-sangat kamu berdua sihat seperti selalu... Ya Allah tolonglah kembalikan kesihatan anak-anak  kami..aminnn...

Tengok bbt chart macam nak jadi cantik..tapi tu la..cantik tak bermakna tanda akan dapat upt positif juga... kun fa ya kun..ada rezeki..adalah.. period lagi sekali cadang nak buat blood test untuk LH dan FSH..saja nak tengok hormon sendiri macam mana dan sebagai rujukan pada rakan-rakan ttc yang lain...

Wednesday, 6 January 2016

DPO9 : Cycle ke 6

Assalam. Dah lama tak update kat sini rasanya. Dah dpo9 rini. Upt negatif je. Memang tak letak harapan langsung bulan ni... bulan ni 2 kali on antibiotik gara-gara kaki yang kena infection. Period pun sikit je ritu. Tak tau la ovum tu macam mana. Oh ye dpo6 ritu gi buat p4 test lagi. Result dalam normal range lagi 12.7... Alhamdulillah. Lately rasa badan berbahang extra lebih dari cycle2 sebelum ni maybe sebab kesan antibiotik tu gamaknya. Wallahualam.

Anak ku yang sulung Nayli pun dah mula bersekolah. Rini hari ke 4..katanya seronok pergi sekolah. Rasa baru je lahirkan anak ibu tu...Ibu doakan moga Nayli Nafisa jadi anak yang baik akhlak..solehah...cerdik dan sihat selalu ye...aminnn... ibu sayang sangat kat Nayli. Dulu ibu pernah terpikir takkan dapat rasa ada anak..ternyata fikiran ibu jauh meleset... DIA tentukan segalanya yang terbaik buat hambaNYA...lepas ni Qayla pula akan bersekolah...hehe..tapi masih nak nenen je lagi... akal dah makin panjang. Ibu letak asam jawa dia kata nape ibu tak letak ayam kat nenen..boleh Qayla makan...ha..amik kau..anak2 yang semakin membesar..semakin berhubung saraf2 di otaknya..moga terus sihat dan bijak anak2 ibu....aminnn...

Esok ibu try celup lagi...walau tau memang negatif hehe...kaki celup katakan...

Sunday, 20 December 2015

CD 3 : 6 Cycles

Period kali ni sikit je la rasanya..gara2 amik antibiotik untuk kaki ni kot...

Dah malas nak ttc sebenarnya..banyak benda nak fikir start 2016 nanti ni...Nayli dah nak sekolah. Tapi masih juga dok amik suhu..hehe..tanda masih tak leh tinggal la ttc ni..tapi maybe dah tak fokus sangat dah la.. nak tumpu kerja dan family dulu la.. Nak try homeschool juga anak2 ni.. ok la customer dah sampai... ni share bbt rini... tangga gelongsor haha...

Saturday, 19 December 2015

CD 1 19 Disember 2015

Suhu pagi ni drop..so bermulalah flow sejak pagi lagi semasa mengurut pelanggan dispa. Memang dah standby pakai pad. Petang sikit rasa macam senggugut. Lepas tu habis je pelanggan ke 3 terus tangas. Lega sikit. Senggugut dah hilang buat masa ni. Lama dah tak kena senggugut. Ni agaknya sebab P4 tinggi ritu sama kot ni... ni daku share bbt pagi ni.. masa ni tak update lagi AF... next cycle stop dulu ttc..main prinsip hentam keromo..ada rezeki adalah...malas dah nak pulun2...stress lak rasa mencelup haha...

Friday, 18 December 2015

Dpo15 : Evap again...

Hai la..tadi try upt brand disclosure... masa buat tak de line pun..lepas tu keluar rumah pergi spa dan beli barang...balik tadi tengok ada line lak.. perut still bloated teruk sampai sekarang 7.45pm.. ngada2 betul la perut ni.. ada baby ke tak ni...hehe... masih nk letak harapan skit bila tengok ada line walau evap hehe...tengok suhu esok lak...kalau tinggi lagi nak buat cbd... kalau turun pakai pad hehe...

Thursday, 17 December 2015

Dpo15 : Evaporation line

Tadi balik dari spa saja lah gi celup upt brand Guardian. Tup2 ada line..makin lama makin terang.. bila tanya Sylvia dia kata memang ramai yang komplen upt ni senang evap... so memang xde la letak harapan dah...try upt lain pun negatif je..perut masih lagi bloated. Sekarang kat klinik kesihatan pasal kaki ni. Sakit ooo... harap period datang cepat...huhu..tak selesa sangat ni... Ya Allah cepatkanlah darah keluar..tak sedap betul rasa. Dah la kaki sakit. Esok dan lusa customer ramai lak tu. Moga daku cepat sihat...amin...

Dpo15: Bloated teruk

Dari pagi rasa tak selesa..perut bloated sangat. Ya Allah...cepatlah bagi period hambaMu ini keluar. Tak tahan rasa. Rasa perut macam belon... tengah urut customer tadi pun rasa tak selesa. Rasa berketul je rahim. Maybe kesan progesteron yang tinggi tu. Suhu rini mcm pelik. Biasa daku amik suhu berkali2 takde la beza sangat. Memula 36.5...pastu 36.4...masa tu subuh. Lepas subuh tidur balik. Then jaga saja amik balik suhu 36.8... jauh lak bezanya. Badan memang rasa macam nak demam. Bahang semacam lak. Upt sah2 negatif. Daku masukkan suhu 36.5 je ke ff... menanti cik P je la samada petang atau malam ni... tengok suhu esok lak...