Semalam pergi ke GMC. Risau hati dari semalam kerana melihatkan upt brand disclosure masih line yang sama je 'keterangannya..' Doktor H yang check, aku bagitau nak check pregnancy. Dia terus buat TVS. Dia kata nampak rahim kembang dan tebal. Tapi tak nampak ape pun. Pastu dia refer result aku masa 24hb dec (DPO11 - masa ni dapat faint line) BHCG - 12.7 miu/ml. Dia kata ni borderline. Mesti effect dari MC hari tu. Aku cakap masa kat Hospital Selayang result dah turun 3, boleh naik ke? Dia kata tak boleh. Tapi kalau kandungan anggur boleh naik. Ish, mula bengang...pastu dia cakap bleh jadi kanser. Hmm...makin bengang aku. Aku tau la badan aku kan! Macam tak percaya lak aku pregnant. Bukan nak bagi aku lega hati. Balik aku mengomel kat kawan-kawan ttc aku di whatsapp dan FB. Hmmm...dah pangkah Dr H ni!
Dari atas : DPO15(am), DPO16(pm) dan DPO18(am) |
Dalam pukul 5 lebih kami balik rumah. Selepas kemas barang yang dibeli di Tesco tadi, aku pun buat upt. Sambil merakam.. :) Nampak line kedua muncul cepat, dalam hati aku dah syak line mesti sama terang dengan line control ni sebab kalau faint line, line T akan lambat sikit muncul..Alhamdulillah lega tengok uptku kali ini terang benderang. Tak sabar nak scan pula ahad ni. Aku nak jumpa gynae lak ahad ni kat GMC. Tak mau jumpa Dr H dah. Patutnya isnin (7 jan) buat blood test. Dr H kata kalau result >100 u pregnant. Malas dah jumpa dia. Aku nak g 6 Jan ni. Nak scan sekali. Harap nampak la sac kali ni...kalau 2 sac kan best...hehe..berangan nak twin. Kalau seorang pun dah syukur.. :)
Terang kan? :) Harap baby sihat, kuat, sempurna dan selamat...AMIN! |