Saturday 29 December 2012

Sah positif ujian kehamilan

Baru hari ni ada mood nak sambung balik. Sejak dapat result dari GMC hari tu, aku check upt tiap-tiap pagi dan jelas upt makin hari makin terang. Hari ni genap DPO 16 baru aku war-warkan kat group TTC Malaysia. Takut dan fobia masih ada...Tapi aku kuatkan semangat bagi memberi semangat kepada TTCIANS yang lain agar berjaya juga satu hati nanti. Semakin ramai yang positif sekarang ni. Harap makin ramai yang akan berjangkit! Amin!
Atas : DPO16 (Malam) Bawah : DPO15 (Pagi)
Atas : DPO16 (Pagi) Bawah : DPO15 (Pagi)

Nampak line T makin terang. Alhamdulillah. Moga kandungan ini sihat dan selamat sampai lahir. Amin...

Sejak 2-3 hari lepas aku dah start rasa pening dan sekali sekala rasa mual. Ari-ari rasa senggugut yang mild sekali sekala. Tapi tak sakit pinggang macam cycle lepas. Risau juga. Harap baby kali ni sihat dan selamat. Amin!

Aku nak repeat lagi upt Khamis depan pulak, itupun kalau tangan ni tak gatal nak celup lagi. :) Kadang-kadang rasa cuak bila creamy keluar. Ingat kot darah yang keluar, oh minta simpang. Nauzubillah. Ya Allah peliharalah kandunganku agar sihat dan selamat sehingga dia lahir. Tak sabar nak scan. Aku cadang nak pergi 7hb Januari ni. Tapi husband suruh pergi awal sikit. Mungkin 4hb Januari (Jumaat depan) la pergi. Harap masa tu dah nampak kantung. Amin...

Aku dah tengok kalendar cina tentang ramalan jantina anak. Ramalan je la kan. Semua kuasa DIA. Aku terima je tak kisah boy atau girl. Kalau TWIN lagi best...hehe... :D

Biru : Lelaki  Merah : Perempuan
 Lihat umur dan bulan mula mengandung

Tuesday 25 December 2012

Dapat result

Pagi ni subuh aku buat lagi upt, line sama terang dengan petang semalam je. Aku rasa Hcg tak naik lagi. Suhu 36.8'C. Aku dah tak demam. Aku tunggu GMC call sampai pukul 10.30 pagi, tapi tak call pun. Aku yang call, nurse bagitau result dah dapat. Tunggu doktor review dulu. Lepas beberapa minit kemudian, GMC call. Alhamdulillah aku takde denggi. Result BHCG lak dalam 12.3 / 12.7 miU/ml. aku tak dengar sangat. Nurse sampaikan apa yang doktor bagitau pasal result aku. Katanya aku TAK PREGNANT! Sebab aku MC last month jadi result ni effect MC tu la. Hmm...aku tak cakap ape la kan. Tapi doktor suruh datang lagi 2 minggu. Haa...tu tandanya masih ada harapan la kan...Ye la masa MC ritu result kat Hospital Selayang dah turun ke 3. Takkan la bleh naik ke 12 balik kan...tak logik plak.

Perhatikan UPT 4 terakhir (Tiga yang DPO11, yang bawah DPO12-Hari ini masih faint yang sama, harap akan makin terang selepas beberapa hari...AMIN!!!)
Aku yakin aku pregnant. Susu memang dah drop. Nayli bila nyusu dok cakap 'Nenen nenen' bila dia hisap. Susu tak banyak macam selalu. Kepala dok sakit. Badan lemah dan cepat letih. Tapi makan masih berselera. Aku nak tunggu sampai Khamis atau Jumaat ni pulak untuk repeat UPT. Tengok line makin terang tak. Risaunya hati jadi macam bulan lepas...Ya Allah, kuatkanlah janin aku ini, sihat dan sempurnakanlah dia...padaMU sahaja ku memohon Ya Allah...kadang-kadang aku dok usap perut sambil berdoa. Masa mandi pun berdoa..harap sangat HCG aku makin terang.

Lagi 2 minggu kena pergi GMC. Harap masa tu baby dah nampak. Amin...tak sabar nak tunggu Khamis dan Jumaat ni...fuhhh nervous! Kuatkanlah anakku ini Ya Allah...Nayli tak nak cerai susu lagi ni. Aku harap badan aku pun kuat...Amin....


Monday 24 December 2012

Kejutan!!!

Malam tadi last dalam pukul 2.30 pagi aku terjaga dari tido suhuku 38.6'C. Masih tinggi. Husband baru nak tido. Dia pegang dahiku dan memang rasa panas. Aku ke toilet untuk buang air. Dah tak boleh lelap mata. Dalam hati rasa risaunya, aku ni nak mati ke? Banyaknya la dosa aku ni. Dah siap nangis-nangis tersedu2. Husband lak rasa kesian sangat kan, dia g la amik air asam jawa n sapu kat kepala sambil pegang tangan aku. Dia jenis tak romantik dari kami couple lagi. Huh...hehe...tapi aku dapat rasa kasih sayangnya pada aku pada saat ini. Menguji kasih sayangnya padaku...hehe...lepas tu aku makan ubat antibiotik dan ponstan. Baru boleh tido.

Alhamdulillah suhu dari pagi sampai ke malam ni (10.01 malam) tak naik dah. Petang tadi dalam pukul 2 aku saja gatal g buat upt walaupun dalam hati dah takde harapan akan preggy...aku naik juling nak tengok upt hamil comel yang sememangnya comel tu...nampak bayang-bayang. Tapi aku tak yakin sangat sebab pernah dapat bayang macam tu banyak kali. Tapi naluri aku kata memang positif. Aku bagitau husband. Dia tak yakin juga. 

Dalam pukul 2-4 petang aku tak minum air, cuba lagi test. Tapi kali ni aku guna opk & upt sekali. Masa urin lalu kat opk line macam nak terang je walau tak abis lalu lagi sebab ketara warnanya. Ya, memang positif. Upt lak faint! Terkejut aku!!! Tak percaya! Aku pregnant semula! Dalam hati syukur tak terhingga kepadaNYA! Hari ni DPO11. So, line memang faint. Petang dalam pukul 5 lebih aku, husband n Nayli g Gombak Medical Centre semula untuk buat ujian darah. Full blood count untuk check denggi, aku risau juga ada kemungkinan denggi. Dan BHCG. Jumpa doktor Hamizah, dia kata baru datang 2 hari lepas kenapa datang lagi. Bagitau saya risau kena denggi sebab ada kes area rumah saya. Dia tengok rekod aku sebelum ni yang MC tu. Aku pun bagitau saya ada buat UPT dirumah dapat line samar. Dia pun kata meh kita scan tengok. Masa scan nampak rahim aku tebal. Tapi sememangnya tak nampak pe lagi. Scan dari atas je. Pastu doc amik darah. Katanya result kalau despatch tak balik lagi boleh la dapat malam ni. Tapi kalau tak esok pagi. Rasanya esok pagi ni. Dah 10.11 ni tak de call pun...Kena caj RM60.00 tadi. Nasib scan tak kena...tak sabar nak tau result esok.

Yang pink OPK (Positive) yang biru UPT (faint positive) at DPO 11




Sunday 23 December 2012

Demam berkurangan

Baru malam ni rasa ok sikit untuk menaip. Alhamdulillah sampai ke malam ni demam semakin berkurangan...malam semalam pergi Gombak Medical Centre. Doktor tanya macam-macam untuk memastikan penyakitku. Demam berapa hari? Ada sakit perut? Ada muntah? Sakit apa-apa? Dan macam-macam sampai aku dah lupa dah malam ni. Mulanya dia syak aku denggi tapi memandangkan baru 2 hari demam, ujian darah tak boleh dibuat. Doktor periksa juga anak tekak ku. Katanya tak de merah, so dia syak mungkin jangkitan kuman, dia suruh pergi toilet untuk buat ujian Urine FEME.

Dari ujian tersebut didapati terdapat darah dan kuman dalam urin ku. Tetapi masih 1+. So, tidak teruk sangat. Patutla aku tengok air kencing aku keruh. Husband aku risau aku kena denggi. So far, sampai malam ni tak de demam teruk macam semalam sampai muntah satu plastik. Nasib husband dah sediakan plastik kat bawah tilam. Masa Muntah tu Nayli siap menangis ketakutan tengok aku muntah dengan dasyatnya lepas makan bihun sup. Abis ubat antibiotik, ponstan & Vit C yang ku telan + bihun sup dan karipap sebiji. Lepas muntah baru aku rasa lega.

Pagi tadi aku buat upt lagi (DPO10), sah-sah negatif. Mula dalam petang tadi dah keluar creamy yang agak banyak bagiku (sebelum ni takde keluar). Tanda preggy? Tanda Period? Masih ada gak terselit harapan rupanya aku ni. Aku mengira lagi opk yang aku buat bulan lepas iaitu cd24 - positif. Upt masa tu very faint line. Anggaran dpo13 masa tu (Masa ni stop bbt, jadi tak tau exactly, anggaran berdasarkan EW. Opk aku buat juga petang tadi - Negatif juga.Harapan dah tinggal 30 preggy 70 period.

Tunggu dan lihat saja la...

Friday 21 December 2012

Demam teruk

Hari ni (DPO8) pagi terjaga jam 4 lebih. Sakit perut nak membuang sangat. Suhu 38.0'C. Ku catitkan ke dalam FF tapi tick fever. Dari pagi sampai tengah hari suhu makin tinggi. Takut nak makan panadol. aku try google. Tak digalakkan untuk makan. Tapi suhu makin meningkat ke 39.0'C. Ini tak leh jadi. Aku risau kang sakit lain yang datang. Telan gak la panadol 2 biji dan terus naik atas. Berselimut dan pakai baju sejuk berlapis-lapis sampai berpeluh. Pos laju datang dalam pukul 4 lebih. Aku dah simpan siap-siap urin yang aku puasa dalam bekas sebab aku minum banyak air untuk bagi panas mengurang cepat. Aku pun check OPK, nampak line macam sama terang. UPT lak jelas negatif.

Ini OPK yang dibuat tadi (DPO8)
Ini BBT cycle ni yang menunjukkan ovulasi berlaku pada CD15 semasa  line T pada OPK terang dari line C.


Ini untuk perbandingan, yang disebelah kiri OPK bulan lepas masa sebelum MC. Tengah OPK selepas MC untuk tahu  masa ovulasi. OPK ni selari dengan peningkatan suhuku. Yang kanan sekali hari ni.

Aku buat perbandingan dengan OPK sebelum ini, masa nak tentukan ovulasi. Nampak macam sama je dengan yang lain tu. Buntu aku memikirkan aku punya OPK ni positif ke negatif. Tapi nampak lebih kepada negatif la. Suhu badan aku dah makin turun sekarang jam 7.10 malam. Rasa lega sikit bila dah berpeluh. Perut rasa kembung je. Rasa macam berketul je kat ari-ari. Tanda positif ke ni? Tunggu esok pulak macam mana...Harap OPK akan makin positif. Aku tengok line T macam kuat je terangnya selepas MC ni start dari nak check ovulasi hari tu.

Thursday 20 December 2012

Demam sikit, sakit pinggang dah kurang, ngilu

Tadi baru hantar produk pada pengedar di Taman Melati. Dari petang lepas balik dari opis tadi sakit kepala. Patutla badan panas dalam 37.8'C. Sebelum pegi Taman Melati beli air barli. Ni rasa kurang dah. Baru kejap tadi dalam jam 10.30 malam rasa denyut-denyut kat ari-ari. Rasa sampai ke tut denyutnya. Adakah janin sedang menempel? Pinggang dah kurang sakit berbanding semalam. Suhu pagi ni 36.8'C. Bukan tanda nak period. Tak sabarnya nak tahu samada aku hamil atau tak? Hati ini ada sedikit harapan berdasarkan simptom yang dialami. Susu pun macam makin kurang rasanya. Tadi dalam kereta, Nayli nyusu sampai kering. Selalu kalau dia hisap lagi susu akan keluar lagi. Ini dia hisap sampai tertido susu tak keluar. Kena lah tukar nenen.

Ya Allah, berilah peluang sekali lagi kepadaku untuk hamil dengan sihat dan selamat! Wah..harapan semakin tinggi pulak. Kang period sedih lak...huhu...apa-apa aku nak siapkan mental dan emosi supaya terima apa yang ditakdirkan untukku dan keluarga. Moga hati ini kuat...AMIN!

Wednesday 19 December 2012

Tarikh cantik 20122012

Pagi ni jam 3 pagi terjaga lagi ke toilet. Suhu 36.7. Tido balik pukul 6 alarm bunyi, suhu di ambil lagi 36.8. Oh tinggi lagi. Patutla rasa macam nak demam. Rekod dalam www.fertilityfriend.com, sambil-sambil tu dok berwhatsapp dan berfb kerana ku menunggu berita dari 2 rakan TTC. Seorang dah memang positif since dpo 9. Seorang lagi pagi ni baru nak buat. Alhamdulillah kedua-dua mereka benar positif. Syukur Alhamdulillah niatku tercapai lagi. Tumpang gembira...

Pagi ni awal2 pagi tadi sakit pinggang dah kurang. Oh ye aku g buat upt lagi pagi ni. Ternyata lah negatif. DPO 7 baru kan. Kalau positif pun susah nak nampak lagi. Bila makin lama makin sakit pinggangku ini balik. Kena rehat je rasanya. Pada jam ini 10.23 pagi, sakit perut pulak. Rasa macam senggugut makin kuat dari semalam. Dan rasa macam angin banyak dalam badan pun ia juga. Rasa macam sistem penghadaman masalah pun ada. Aku pun tak tahu dah yang mana satu sakit sebenarnya ni. Bila baring, ku usap-usap ari-ari ku sambil berdoa...Sekiranya ada zuriat kami lagi dalam ini, peliharalah dia Ya Allah. Sekiranya tiada, cepatkan lah aku period. Tak tahan sakit badan. Tapi simptom kali ini sama je masa bulan lepas. Masa pun yang sama, aku siap kira-kira balik dan bgtau husband. Seminggu lepas jumpa EW last month aku beria nak mengurut. Masa tu fully booking lak kakak indon tu. Kata kawan husband dia urut best. Sebab wife dia tiap-tiap bulan akan mengurut atau bersauna dirumahnya. Rumahnya di Kulim. Masa tu aku di Penang baru abis PENBEX 2012. Isnin tu kami balik Ipoh. Kat Ipoh ada orang boleh mengurut tapi tak sedap dan tak puas. Aku pun suruhlah mak tolong urut belakang badan dan pinggangku yang sakit. Lepas tu aku bertungku. Tapi tungku sikit je kat bahagian perut. Aku ada gak terpikir kot aku pregnant. Tapi aku hentam je sebab tak nak mengharap. Tak sangka rupanya sakit tu tanda aku tengah implantation. Maybe janin tak grow well. Sebab HCG dari 25 (result GMC) dan Hospital Selayang (17 &3).  Dan badan aku tak cukup rest tu yang gugur.

Berbalik pada simptom, masa aku di Ipoh susu ku masih macam biasa. Bila balik ke Selayang makin kurang. Nayli sampai marah-marah susu tak keluar. Dah lah dia kerap nyusu. Simptom kali ni susu belum drop lagi. Ke memang tak drop. Sebab aku nak period kot ni. Semacam je perut ni bloating. Rasa macam senggugut terutama semasa aku buang air kecil. Rasa macam nak keluar sesuatu. Tapi tak keluar. Oh ye 2-3 hari lepas ada keluar creamy masa buang air.

UPT at 7dpo
Tak sabar nak tunggu opk & upt sampai esok. Hamil Comel dah bagitau tracking number. Harap-harap makin positif la opk macam dulu...Ya Allah, apa-apa pun aku redha dengan ketentuanMUA. Aku tahu DIA sentiasa beri yang terbaik buat hambaNYA....

Sakit pinggang makin teruk

Dari pagi tadi sakit pinggang ni makin teruk. Perut lak rasa masih mild senggugut mild on off. Bila g toilet untuk buang air kecil risau period sebab rasa macam nak period. Bila mencangkung sakit bahagian pinggang dan belakang. Adakah sebab angin, sakit lain, period atau tanda implantation. Tadi dah order 6 upt & 6 opk lagi kat Hamil Comel dan dah transfer RM27.00 jam 9.21 pm di Shell Mrr2. Badan rasa bahang macam demam, tapi kaki dan tangan rasa sejuk. Dapat merasa makan bubur nasi yang diidamkan bila tengok Nadia Hashim post gambar kat FB. Lambatnya la nak tunggu dpo8 atau dpo10 untuk dapat lihat double line. Mulut je cakap tak nak berharap. Tapi hati ni tetap berharap. Naluri..ermm...rasa macam ada. Tapi takut apa yang ku alami ini simptom perasan pregnant je.

Ya Allah, sekiranya aku pregnant balik kuatkan la anakku dan tubuh badanku ini sehingga dia lahir ke dunia ini. Sekiranya tiada rezeki lagi untuk kami sekeluarga bulan ini cepatkan lah period aku datang. Aku tak tahan sakit belakang dan pinggang ni Ya Allah. Malam ni aku dah telan sebiji duphaston sebagai langkah berjaga-jaga.

Rasa macam esok pagi nak abiskan je stok upt HC lagi satu tu. Tapi sah2 negatif kan. Tengok dulu suhu esok pagi macam mana... :) moga suhu tinggi selama 9 bulan.. hehe..masih berharap juga...

Oh ye lupa nak cerita pasal my hubby cerita tengahari tadi semasa dia pergi beli lauk (Aku masak nasi je..hehe)..dia kata dia rasa nak muntah bila bau lauk-lauk disana. Cakap kat dia, jangan la main-main atau saja-saja buat...mukanya serius...berulang kali ku cakap ala saja buat-buat tu...tapi dia masih berwajah serius..sebelum ni dia kata nampak badanku makin besar..tak tau la macam mana dia tengok...Jeng jeng jeng...adakah simptom bulan lepas (Masa ni hubby nak muntah bau kat pasar malam)...sama ke hasil dari DIA bulan ni? Tak sabarnya nak tengok double line yang terang kali ini...tambahan semakin terang dari hari ke hari...Ya Allah ku mohon yang terbaik darimu...Amin...


Tuesday 18 December 2012

Update ditengahari

Ya Allah, sakitnya la pinggang ni. Rasa macam senggugut pun ada. Pagi tadi jam 3.00 pagi terjaga untuk ke toilet amik suhu 36.4. Pastu tido balik jam 6.00 pagi alarm bunyi. Amik suhu lagi 36.6. Tapi key in dalam ff 36.6 sebab cukup 3 jam tido. Yang pukul 3.00 pagi tak cukup. pagi tadi rasa sakit pinggang. Lepas tu stop jap. Ni sakit balik dari pinggang ke ari2 sakitnya. Adakah masalah buah pinggangku? Nak period? Atau angin. Risau lak hati ini. Kalau simptom preggy aku tak kisah. Ni ntah nak period sebab dari semalam dah mula rasa. Kalau sakit lain lagi la risau...huhu...harap sakit pinggang ni hilang la cepat. Sungguh tak selesa.

First post

Assalam. Baru first day buat blog ini untuk tatapan diri sendiri. Sedang dalam dpo6 setelah gugur pada 29 November baru ni. Sambung balik buat bbt untuk bulan ni dan hari ini pagi-pagi dah kena dirhea & sakit pinggang. Adakah tanda positif? Ke nak period balik ni? Mana la tau lepas MC ni hormon berubah kan? Ada gak gatal tangan buat upt pagi tadi, sah-sah negatif...isk isk...tak sabar sungguh. Bukan pe, this week nak kena start buat promosi di Giant, Kota Damansara pulak. Tu yang risau jadi macam bulan lepas penat sangat sampai MC. Jam sekarang 11.55 pagi. Rasa macam sakit pinggang dah kurang. Tak tau la petang nanti pulak. Jam 4.00 petang ni ada meeting dengan Koperasi FRIM. Diorang minat nak amik produk FORESTRA. Moga esok-esok suhu akan maintain tinggi....