Monday 30 November 2015

Cycle baru

Assalam dan salam sejahtera...

CD10 hari ini.. anak-anak dan suami kena food poisoning. Mula-mula Qayla yang kena dulu. Dari Sabtu pagi tu muntah-muntah teruk. Ahad yakni semalam dia mula cirit birit. Nayli pun mula muntah juga. Malam tadi cirit birit. Suhu macam tak berapa valid je pagi ini. Kerap terjaga. Daku lak ceri beri juga tapi tak teruk. Suami pun. Ntah apa la makanan atau minuman yang kami amik ritu. Opk masih negatif hari ini...pagi tadi rasa gak cramp2 perut. Tak pasti simptom ovulation pain atau angin sebab ceri beri tu. Pinggang pun sakit sangat pagi tadi. Husband tolong sapu minyak dan urut-urut sikit. Alhamdulillah ada perubahan... kurang sakit dah. Sabtu dan hari ini terpaksa batalkan temujanji dengan pelanggan sebab kes 1 family kena food poisoning ni. Semalam (AHAD) tetap ambil juga pelanggan. Tengok esok lusa lak camne... :)

Wednesday 18 November 2015

Balik dari bercuti di Hometown

Alhamdulillah sampai ke rumah di Selayang setelah bercuti jumpa keluarga di Ipoh. Esok misi bermula semula. Pakej Urutan Selepas Bersalin 2. Tadi sampai2 je rumah terus celup upt. Negatif je hehe. DPO13 rini. Cantik je rasa chart tu hehe...
Erm...naluri preggy bulan ni memang takde hehe. Sebelum ni cp ada je naluri tu. Nak cite camne pun tak tau. Hanya yang pernah alami akan tau. Suami lak dah bagitau awal2..takpe nanti kita try next cycle. Nanti due anak bulan 8. Nak lengkapkan keluarga 88888 kami hehe.

Tarikh lahir kami sekeluarga :
Jue 8.8.80
Azri 18.2.76
Nayli 8.5.11
Qayla 29.8.13

Semua ada 8... so kalau DIA perkenankan yang no 3 nanti pun nak bulan 8..amin.. lagipun kalau pantang masa tu dah lepas raya ok la...hehe...berangan tak sudah...wait n see saja apa yang DIA takdirkan. Terima je dariNYA. Sudah pasti itu yang terbaik untuk kami sekeluarga kan. Amin.

Wednesday 11 November 2015

Bermula kembali

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pada pembaca blog ku yang telah lama ditinggalkan. Baru beberapa hari sudah daku baru buka blog ni. Tak sangka ramai juga yang membaca sehingga mencecah 32k pageviews. Alhamdulillah sedikit sebanyak boleh menjadi sumber rujukan serta menaikkan semangat ttcians.

Sekarang anak2 ku pun dah makin membesar. Nayli dah nak bersekolah dah tahun depan. Nayli sekarang berumur 4 tahun 6 bulan. Manakala Qayla pula dah berumur 2 tahun 3 bulan. Makin besar makin mencabar sebenarnya menjaga amanah zuriat dariNYA ini. Moga kami boleh menjadi ibu bapa yang terbaik mengikut landasanNYA. Amin.

Daku dah 4 cycles sebenarnya ttc untuk #3 tapi cycle ke 4 ni macam tak berapa nak fokus pasal ttc  ni lantaran banyak temujanji dengan pelanggan untuk mengurut. Oh ye, bagi yang tak tahu, daku dah mula memberikan perkhidmatan urutan tradisional Melayu kepada pelanggan menggunakan produk FORESTRA. Rata2 ttcians banyak datang untuk mendapatkan pakej kesuburan iaitu urut dan tangas. Daku memberikan khidmat konsultansi secara percuma untuk pelanggan berkaitan cara moden, tradisional dan alternatif. Sangat enjoy membantu...

Rini dpo7..tetap aktiviti penagih celup tegar dilakukan. Ternyata lah negatif. Suhu pun baru je naik hari ini. kalau tak rendah je...tak letak harapan pun. Sibuk sangat bulan ni dan tak rasa apa2 sangat pun atau maybe daku sendiri tak sedar.

Okla. Stop sini. Nak lunch. Jap lagi ada customer 2 orang lagi kt spa. Pagi tadi ke Selayang Mulia untuk pakej 3 Urut Selepas Bersalin.