Monday 1 January 2018

Dpo6 cycle 10

Biasa dpo5 nipple dah start rasa sakit. Cycle ni belum lagi. Yang perasan kerap kencing mcm luar biasa sikit. Setiap 15 minit kena gi kencing. Kalau dalam kereta perjalanan pergi mana2 jenuh tahan kencing. Perut sekarang banyak angin. Siap menyucuk. Maybe sebab lately banyak makan mee kot. Perut lak kerap lapar. Kejap je perut dah rasa pedih. Macam tadi. Sebelum keluar rumah makan pisang sebiji. Lepas hantar Nayli pergi kelas Kafa dan ambil baju sekolah Qayla di Pasti, balik makan nasi lemak. Lepas tu dok kejap. Pergi amik Nayli balik kelas Kafa lak. Balik rasa pedih perut. Makan lagi kek coklar. Ntah la..nak kata simptom perasan preggy, daku takde la letak harapan.

Kepala asyik dok fokus kepada persiapan sekolah anak..bisnes dan matlamat nak beli rumah je.

Memang malas dah nak fikir pasal ttc ni. Takde mood actually. Yg jadi simptom pelik camni la ku catitkan dalam blog ini. Boleh jadi rujukan sendiri masa hadapan.

Ada rezeki adalah...nak besarkan 2 oramg amanah yg dah diberikan ini perlukan komitmen dan pengorbanan. Sayang anak...memang kena kena fokus. So far, dah takde la nak fikir ttc sangat. Dok fikir boleh ke handle baby kalau ada rezeki lagi disaat sedang sibuk macam sekarang ini..apa-apa pun DIA hanya tahu apa yang terbaik buat kami...

Ikut saja perjalanan takdir yang telah ditentukan olehNYA...moga baik-baik sahaja...aamiin.