Saturday 9 December 2017

DPO8 cycle 9

Hari ini dpo8.. Start semalam selesema...hari ini demam skit. Ingat nak pegi mandi kolam pagi ni. Rasa tak berapa ok kot. Kang nak hembus nafas dlm air susah kalau selesema.

Semalam ada customer datang spa dari Kuantan. Ttc anak no 2 selepas 3x iui tidak berjaya. Moga ada rezeki beliau dan suami selepas ini. Aamiin.

Khamis lepas daku balik Penang drive sendiri dengan anak2.. Gi mandi kolam Bukit Mertajam. Kejap je. Sebab hujan. Lepas tu Jumaat kami ke Taiping mandi kolam tertua di Malaysia. Balik tu singgah sahabat UM lin n yanti di Taman Tasik Taiping.

Perjalanan balik ke KL. Singgah di R&R Ulu Bernam. Dah habis makan, biarkan anak2 main sekejap. Duduk disebelah suami. Tetiba dia tanya...dah mai bulan ke.. Daku jawab awal lagi la. Baru dpo6. Rasa u pregnant pa... Sleng utara memang tegar suamiku..

Semalam dia cakap lagi di kedai mamak..masa kami tunggu siap basuh baju di dobi sebelah. Tanya kenapa abang rasa na pregnant. Dia kata macam nampak tanda.. Daku ni tak rasa pun pregnant...haha..rasa nak period. Dah kenal tubuh ni..since dpo6 tu breast dah rasa sakit.. Ni perut dok rasa cramp...simptom period..semalam gatal check upt negatif je baru dpo7.. Try opk rini kt saujana putra ni...sebab tu je yg ada dlm beg.. Negatif je...gatal check sebab suami dok cakap gitu..hehe..kalau ikut hati..tawar betul nak mencelup...

Ntah memang malas nak fikir pasal ni dah sebenarnya. Sebab dok tumpu pasal hal nak beli rumah ni. Susahnya la bank nk bagi loan pada orang macam kami ni. Keje sendiri...nak kena ada simpanan yang banyak samada dalam ASB atau FD..  Aishhh..azam ni kalau tak dapat juga tahun ni..kena bawa ke tahun depan... Sedih mengalahkan tengok upt negatif tau...huwaaa... Takpe la..nak buat cmne...rezeki rumah belum sampai..  DIA tau apa yg terbaik...moga ada rezeki kami selepas ini....aamiin...

Wednesday 25 October 2017

Dpo12 cycle 7

Hari ini suhu drop...tak sabar tunggu next cycle. Usaha baru..  Lambat lak rasa masa berlalu... Haha..cepatlah period..

Friday 20 October 2017

Dpo6 cycle 7

Dah rasa simptom PMS...breast sakit... Flu lak. Badan lemau maybe tak cukup tidur dok travel..puncak alam...ipoh...penang...puncak alam..frim...serandu...kuantan...puncak alam... Get ready new cycle maybe 29 okt ini...

Gini la dugaan... Memang bab ttc ni kena pulun usaha, doa n redha... Tak macam org lain yg lebih mudah rezeki selepas masuk anak kedua dan ke atas...siap accident bagai lagi...daku nak harap kan accident bukanlah...DIA uji aku supaya usaha lebih... Baru DIA bg...

Ok..tunggu cycle ke 8... Istiqomah jaga mkn..workout..mkn maajun..bertangas..urut...sengkak..memang daku sengkak sendiri je...minggu ni tak leh gi zumba..dok travel..badan lesu jdnya... Next week gi zumba blk..last week pun x dpt zumba..dh kelas asyik cancel je...

Ok...nk tido awal...daaa...

Tuesday 26 September 2017

Dpo9 cycle 6

Dari malam tadi masa balik dari Penang dok rasa denyut kat sebelah kiri perut dan buang angin banyak. Sampai ke petang ini dok rasa denyut tu. Malam tadi juga kerap dok rasa denyut kat miss V. Simptom2 nak period. Upt biru lazada pagi ini negatif je. Upt hijau try ada la line. Seperti selalu upt hijau tu kalau tak betul sharp line dan berwarna biasanya false positive. Malam ni nak berzumba. Harap ok la perut ni. Tidur malam tadi boleh pulak mimpi hantu. Terjaga jam 4.30 pagi. Terus buka lampu. Takut...haha..sebab rasa macam real je. Ckp kt husband masa dok kt pantai semalam dh rasa semacam area pokok. Leh terbawa dalam mimpi dah. Tengok ptg ni kot mencelup lagi. Puasa air dari 2.45 ptg tadi ke 4.45 ptg kejap lagi. Gila betul..  Haha.  Ada rezeki adalah...

Sunday 24 September 2017

Dpo8 Cycle 6

Hari ini upt negatif je. Perut rasa kadang macam berdenyut macam angin...breast dah mula sakit..tanda PMS... Semalam suruh adik buat upt yang aku bagi. Syok tengok double line. Kadang rasa aku ni gila.  Haha. Gila tengok double line. Tu lah aku masih teruskan perjuangan dalam dunia ttc ni. Walau kadang ada juga lah rasa nak give up...nak resign. Tapi bila ada je ttcians yang share upt positif, semangat ku muncul kembali. Tq Allah bagi aku lalui kehidupan dalam dunia ttc ini..moga semangat aku terus kuat. Aamiin.

Saturday 23 September 2017

Dpo6 cycle 6

Upt ternyata negatif..  Poas katakan.. Gila kan...awal betul celup. Perut rasa mcm kena uti je...ntah la..suhu bbt pun tak memberangsangkan..  Tak syok tengok. Yg best tengok upt adik sendiri makin terang..rini dia dpo14... Alhamdulillah moga rezeki kedua yg pasti utk dia dan keluarga...aamiin...

Aku... Ada rezeki adalah...takde pun takpe...dua org amanah yang dah DIA beri ni pun dah syukur...at least fobia dan trauma aku semakin pudar di ingatan bila lalui proses ttc kali ketiga ini pun dah bersyukur sangat... Malam ni tidur kat spa lagi. Esok customer ada seorang je jam 10 pg. Lepas tu kami akan balik Penang. Ada urusan disana. Isnin balik sini balik...in sha Allah...moga dipermudahkan segala urusan kami...aamiin...

Wednesday 20 September 2017

Dpo 3 Cycle 6

Dari semalam rasa perut macam tak berapa sedap. Nak kata mcm senggugut kecil pun ada hingga ke hari ini. Angin banyak agaknya. Dah pergi rumah adik ipar...minum teh susu. Sebab tu gamaknya. Dok tunggu courrier hantar sim card webe ni. Lambatnya. Tadi kata dah kat Uitm Puncak Alam.

Oh ye. Adik aku upt dah makin terang. Due dia 29 Mei kalau betul rezeki dia untuk anak kedua kali ini.

Aku ni...ada rezeki adalah. Kepala sekarang dok kalut fikir nak beli rumah. Moga rezeki ini sampai dulu. Aamiin.

Sunday 3 September 2017

Cd1 cycle ke 6

Malam tadi dah start spotting. Dari dpo12 suhu mula drop. Semalam dpo13..

Siang ni flow dah banyak keluar. Let's start new cycle... Yeahh...

Suami dah berkobar juga nak timang baby baru.. Hehe...

Ni tengah on the way ke Ipoh ikut jalan lama..jem ooo...semalam kami buat bbq dengan keluarga sebelah suami.

Hujan lebat ni...submit doa banyak2... Moga ada rezeki kami...aamiin...

Bestnya kalau dapat twin boboi...kiki...tak kisah la mana2...janji dapat zuriat yang sihat..aamiin...

Dah banyak cheat makan ni...dari x minum teh..rini kena minum teh tarik singgah rumah kawan suami tadi...sedapnya..hehe...hoho..memang terpaksa cheat. Esok start balik jaga bebetul...

Ya Allah kurniakanlah zuriat yg sihat kepada kami lagi Ya Allah...aamiin...

Wednesday 30 August 2017

Dpo11

Buat upt pagi ini guna upt hijau. Negatif je. Malam tadi perut dah rasa sangat nak period. Tapi fikir aih, awal lagi kan.

Perut memang bloated teruk je rasa. Makan macam-macam agaknya. Serius memang rasa nak period dah ni.

Kalau upt makin terang ok la. Ni upt memang negatif. Upt pagi kalau buat selalu urin cair. Boleh tengok dari warna urin. Kalau pekat urin biasa color macam air teh sikit. Hehe...

Tunggu je la AF datang..  Next cycle lak. Sekarang dah balik Penang. Upt pun dah habis. Tinggal opk je 2 keping.

Aktiviti mencelup terpaksa ditangguhkan la nampaknya.

Upt lazada kelmarin ada la line macam evap 2 keping. Sekeping lagi tak nampak sangat sebab urin cair.

Tunggu esok lusa macam mana suhu...

Tuesday 29 August 2017

Dpo9

Hari ini pakai inai...best lak. Petang tadi buat upt lazada. Masa basah tak nampak line. Dah kering baru nampak. Sebelum ni upt dah kering tak nampak line langsung. Adakah positif betul atau sekadar evaporation line. Esok lak repeat.

Perut ni sekali sekala macam senggugut sikit. Kaki lak dah start lenguh macam last cycle. Nak dekat period memang lenguh kaki huhu. Ntah la...ada rezeki adalah kan... Tunggu je la... Tak jadi..next cycle lak cuba...

Sunday 27 August 2017

Dpo7

Hari ini urut 4 customer. 2 ambil Pakej Kesuburan. 2 lagi ibu hamil. Selesai tugasan, tanganku jadi lenguh. Awat la pulak. Sampai sekarang 20.48 malam dok sakit lagi.

Adoila...

Saturday 26 August 2017

Dpo 6

Dari semalam dah start rasa sikit2 tenderbreast. Hari ini makin ketara. Tak selesa actually. Sekarang dah tak bf anak kan. Makin ketara rasanya. Awal sangat rasa ni. Aishhh...cepat la masa berlalu.

Ada rezeki adalah...takde belum sampai masa lagi....usaha pun tak betul2 sungguh. Makan ada gak cheat sekali sekala. Tambah dok telan aiskrim mcd nak bagi tekak ok. Manis kan.. 

Saja check upt. Memang negatif je....baru sangat nak check dah..terketar tangan gatal nak celup. Kaki celup mmg parah sikit...haha..

Friday 25 August 2017

Dpo5...

Kenapa lah asyik lapar sekarang ini. Rasa nak makan membuak-buak. Perasan lately banyak makan aiskrim vanilla mcd.. Konon nak bagi hilang batuk. Agaknya sebab manis tu yang jadi craving over.

Semenjak berat badan dah normal selera makan tak berapa nak ada. Makan untuk hilangkan lapar saja. Ni sebelum ni la.

Belakang ni rasa sakit lagi. Esok nasib lah tak de customer lagi. Hope semakin ok.

Lapaq asam laksa wei... Lambatnya masa berlalu. Selasa baru dpo8 hehe...

Thursday 24 August 2017

Update malam dpo 4 cycle ke 5

Adoi macam makin kronik lak sakit belakang sebelah kiri ni..  Siap naik jerawat badan lak tu.

Batuk dah mula kurang...

Lambat rasa masa berjalan untuk aktiviti rutin.. Celup upt...

Dpo7 rasanya nak start celup upt...

Esok lak update...bila ada mood...

Wednesday 23 August 2017

Dpo 4...

Kelmarin selesema. Semalam dok batuk..tunda lagi dengan customer. Sebab batuk tak tahan. Gatal kerongkong. Dah pergi klinik. Doc cakap tak de apa. Paru2 pun ok je. Mlm td telan air halia suam 2 gelas lega sikit. Bangun pagi ni rasa sakit bawah tulang rusuk dan belakang badan. Hope cepat lega..aamiinn...

Oh ye..bawah perut rasa cramp bila setiap kali batuk.

Semalam dapat free scan dengan sonoworld. Dpo3. Nampak fluid belakang rahim. Tanda memang dah berlaku ovulation kata sonographer. Yang lain ok. Alhamdulillah.

Tapi bahagian upper abdomen. Dari dulu dah tau ada batu dalam hempedu. Jumpa doktor semalam minta surat refer pakar. Doktor kata biasa pakar akan layan nila ada komplen. Maybe sakit la maksudnya. So hope batu tu tak menyakitkan. Aamiin.

Tak tau la cycle ni. Dah fasa dpo fok batuk rasa menekan rahim. Ada rezeki adalah...

Lemah rasa badan. Tidur je.

Monday 21 August 2017

Dpo 2...CD15

Hari ini selesema kronik lak rasa. Dari semalam dah start sikit-sikit. Ingat dah ok la lepas bangun tidur hari ini. Rupanya lagi teruk. Terpaksa tunda slot pakej kesuburan untuk pelanggan hari ini. Tanya dia kjue nak batal. Kjue pulangkan deposit. Dia nak juga ambil pakej Khamis ini. Ok lah. Tq customer sebab memahami dan mempercayai.

Hope akan semakin pulih...aamiin

Friday 18 August 2017

Counting ovulation cd11

Semalam try upload gambar sekali tak boleh lak. Awat ntah blog ni. Rini copy paste tanpa masuk gambar. Baru leh published..

Rini cd11... Opk pink...line test memang terang dari line control. Memang jelas lah positif... Ovulation memang ketara sebelah kiri. Maybe ada folikel sebelah kiri. Last cycle folikel sebelah kanan.

Sembang dengan geng pro gentle birth posisi bersalin dalam whatsapp. Daku memang dok berangan dah dari dulu. Aishh...lambatnya nak preggy. Haha.. Minta mereka doakan daku berjaya hamil...

Ramai yang ingat kalau ovulation n bd ontime leh je pregnant. Pastu frust bila tak berjaya. Daku memang akan cuba pujuk hati..supaya jangan letak harapan. Ada rezeki..adalah...Allah akan bagi bila kita sedia dan mampu.

Sedia dan mampu bukan sekadar kewangan. Faktor lain banyak lagi. Emosi, mental, kesihatan dan banyak lagi.

Sekarang menanti Maghrib di Naqayla Spa. Jap lagi nak pergi amik Maajun Naqayla Homemade kat rumah adik ipar di Saujana Putra. Bagi adik ipar gentel masuk botol. Daku yang uli semua ritu. Tak larat nak gentel seorang. Bagi lah upah sikit pada dia. Alhamdulillah production sebelum ini memang dia yang tolong buatkan.

Maajun ni dulu try sendiri dulu. Yg banyak nampak perubahan bab sembelit daku. Dah tak de sampai sekarang. Dah dalam 2 tahun amal setiap bulan. Badan rasa segar. Ovulation awal.

Pelanggan yang guna pun banyak bagi feedback positif...Alhamdulillah. Ada yang berjaya sampai rezeki zuriat juga. Daku tumpang gembira.

Benarlah kata Cikgu Pah (cikgu spa daku), buatlah produk dengan niat yang betul bukan nak dapat untung semata. Memang seronok sangat bila tengok pelanggan bagi feedback yang positif.

Makan maajun ni kena minum air 3 liter sehari. Jaga makan juga. Kalau kurang minum air akan jadi pening, muntah. Beberapa kali dapat message jadi gitu. Bila daku suruh minum air banyak. Alhamdulillah...diorang ok dah.

Apa-apa produk kita consume memang kena minum air banyak termasuklah ubat doktor atau supplimen lain.

Badan nak proses lebih mudah...

Berbalik pada opk tadi. Setiap bulan memang akan dapat opk yang terang betul. Syok oo... Ok lah dah bd cd10 & cd11.. Hehe.. Tak tahu lah esok lusa sempat ke tak. Nak pergi Genting Highlands esok. Lusa lak ada customer full dari pagi sampai ke petang.

Kun fa ya kun...

Counting ovulation cd10

Hari ini CD10... Buat opk pink...sama terang. Rasanya esok lagi terang In sha Allah. Cycle ni masuk cycle ke lima ttc anak no 3. Takde lah mengharap sangat seperti ttc anak pertama dan kedua dulu.

Ikutkan dah tak nak pregnant sebab trauma komplikasi lepas bersalin dulu yang sangat menghantui hidupku dan suami. Bukan kami sahaja..ibu dan bapa ku sendiri pun dah tak bagi pregnant.

Tu yang usaha dulu terberhenti sekejap...rasanya 2015  ada ttc balik.

Tak cukup semangat masa tu. Sekarang selepas difikirkan balik dan nasihat dari sahabat yang pernah lalui fasa trauma. Mereka menggalakkan aku pregnant dan bersalin balik. Kalau tidak trauma tersebut akan menghantui hidup kami sampai akhir hayat.

Ada pula yang berpendapat, takut lagi jadi lebih teruk dari trauma sebelum ini...ahh...aku pedulikan...yakin akan Allah permudahkan segalanya nanti.

Lagipun Nayli dan Qayla dah semakin membesar. Dah 6 tahun dan 4 tahun usia mereka. Dah mula pandai berdikari. Mereka juga ada suarakan mengenai adik lelaki kepada kami.

Kami minta mereka doakan ibu dan baba berjaya hamil.

Moga ada rezeki kami selepas ini untuk baby ketiga..zuriat..amanah...aamiin

Esok nak mencelup lagi opk...rini ada rasa sekali sekala ovulation pain tu. Dan rasa ngiau lebih..kiki...tanda sudah tiba fasa subur...

Monday 14 August 2017

1st entry...Ttc #3

Setelah berzaman tak dapat masuk blog sendiri sebab lupa email dan password...hehe...rini berjaya. Sedang ttc anak ketiga. Dah masuk cycle ke 5.

Cd7.. Jam 10.42 malam. Dari siang tadi dok rasa ovulation pain yang menyucuk sebelah kiri rahim. Awal betul rasa kali ni. Tadi dengan tak puasa air saja celup opk. Memang negatif la opk tu.

Tengok esok lusa lak...daa...