Saturday 13 February 2016

Period awal dan kerjayaku

Sabtu lepas sebelah malam dalam perjalanan menuju ke my hometown di Ipoh daku period...dpo11 je masa tu. Maybe kesan pengambilan pcm masa daku demam ritu. Tak ready langsung. Nasib la jenis bukan sekali flow banyak. Jadi cd1 jatuh hari Ahad... rini dah masuk cd8...daku dah rasa nak stop semua usaha dulu. Sebab kepala berserabut memikirkan kerjaya dan usaha mencari rezeki..dekat 2 minggu daku tidak bekerja.. kerja sendiri beginilah.. takde pekerja.. kalau cuti... soru pun cuti...banyak sangat planning dalam kepala ku ini untuk menambahbaik servis yang ku tawarkan.. dah la sewa spa dinaikkan. Dengan perjanjian spa baru siap setelah setahun lebih spa daku beroperasi. Hmmm...itulah dugaan kepada daku yang mencebur dunia perniagaan. Bukan sesuatu yang mudah untuk harungi. Seperti mana proses ttc...sama jugalah dengan proses perniagaan. Pahit akan dirasai dulu.. manisnya kemudian..yang pasti manis tu akan dapat pada tarikh dan masa yang tepat dariNYA...kita tidak akan tahu.. apa yang kita boleh buat hanya lah usaha dan DOA... kalau dulu daku stress sangat nak kejar jadi jutawan..namun sekarang segalanya berubah sejak daku jadi pemegang sijil ttcian yang berjaya dikurniakan zuriat... memang pengalaman ttc banyak memberi kesabaran padaku untuk harungi dunia usahawan juga sebenarnya... bagi daku..proses yang sama dilalui..cuma *resepinya* yang berbeza... so bulan ni daku nak stop proses ttc...daku nak tumpu pada bisnes... fokus kepada memberi sumbangan pada masyarakat selain mencari rezeki.. daku amat memahami dunia ttcians.. perjuangan ku telah diatur olehNYA...daku bukan membuat rekaan sendiri atau mencipta matlamat sendiri...jalan ini telah ditetapkan olehNYA... daku tidak pernah terlintas untuk masuk ke bidang ini dahulu.. tidak pernah sama sekali terpikir untuk menjadi juru urut kesuburan... segalanya seperti dirancang elok olehNYA...bermula dari group ttc malaysia..daku dalam syarikat sdn bhd sebelum ini..merancang nak buka spa bertaraf 5 bintang..tetapi tak menjadi... daku amik kursus khas untuk pakej lepas bersalin je sebelum ni... sebab minat nak jaga orang dalam pantang dan mengulit bayi2 yang baru lahir serta rawatan spa yang memberi terapi penghilang stress pada diriku sendiri sebenarnya. Alih2 geng2 ttc semakin hari semakin ramai yang datang untuk mendapat perkhidmatanku.. ya daku memang ada keturunan bidan..bakat mengurut memang ada sedari kecil sebenarnya... daku aktif sukan dulu..selalu bantu rakan2 yang terseliuh semasa bersukan serta mengurut keluarga sahaja..Alhamdulillah biasanya lepas urut..mereka pulih dengan izinNYA... tak pernah langsung belajar dengan keturunan bidanku... semua kursus daku belajar sendiri dengan pakar2 bidang postnatal...urutan Melayu dan spa...

Ya Allah..terima kasih kerana memberi bakat dan ilmu urutan kepadaku..walau bidang ini memenatkan..tapi daku begitu seronok melihat pelanggan sihat dan berjaya hamil... sumbangan pada masyarakat amatlah besar sebenarnya bidang urutan yang daku terokai ini... ada yang mengata..itu perkara biasa sejak daku melompat ke bidang ini.. dikatanya daku tak memartabatkan produk ku sebelum ini kerana menjadi tukang urut.. mereka salah menilai.. tukang urut dan juru urut adalah berbeza... ilmu dan servis kami diiktiraf cara profesional dan dimartabatkan..umpama pawang/dukun yang menjadi pharmacist dan doktor kini.. urutan Melayu dah masuk hospital2 lagi di bawah Traditional Complimentary Medicine (Kementerian Kesihatan Malaysia)... arghhh pedulikan kata2 hinaan mereka.. daku dah tak peduli... janji hati ku seronok dan tenang sudah... daku anggap mereka tidak tahu langsung..jadi memang abaikan je pemikiran kolot mereka.. jangan pandang luaran.. kerana dalaman yang penting... hmmm... moga DIA permudahkan segala urusanku...aminnn... hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA...

Nak tidur dah... zzzzzz.... esok pagi nak bangun dengan semangat baru dan rezeki baru...aminnnn...

Friday 5 February 2016

Dpo10 : Cycle 7

Hari ini hari kelima demam. Suhu masa siang tak tinggi. Tapi bila malam cecah 39 ke atas. Makan paracetamol untuk turunkan suhu badan. Dah 5 hari jugalah ku tick fever di ff. Ramai dok kata maybe aku pregnant. Check upt pagi tadi negatif je...dpo10. Rasa cervical position dan tak soft macam semalam.

Tadi pergi buat blood test kat kk Taman Ehsan. Result normal. Doktor cakap bukan denggi...bukan viral infection. Dalam hati...adakah simptom yang sama macam aku pregnantkan Qayla dulu? Tapi masa tu demam sekejap je. Ntahla..upt negatif je. Jadi memang tak rasa pregnant pun. Husband dok ulang-ulang cakap aku demam sebab nak pregnant kot. Hmmm... kalau la benar kan best...tapi ku rasa tak...huhu... apa2 DIA tau apa yang terbaik buat kami...

Monday 1 February 2016

Dpo6 : Cycle 7

Malam ni demam 38.4°C. Suhu pagi tadi 37.5°C. So tick fever. Anak2 dah makin aktif semula Alhamdulillah.. tak larat. Mandi pun menggigil kena air...Rabu nak kena pergi Lppkn.. huhu...kalau tak sihat lagi...maybe tak pergi..kalau sihat baru pergi... tak larat nak taip panjang2...

Tuesday 26 January 2016

Dpo1 : Cycle 7

Baru balik dari meeting di Shah Alam. Rini perut dan pinggang rasa tak sedap. Cycle ni eggwhite banyak pula keluar masa cd11... naluri kekonon kata macam ada tanda positif..wallahualam..kita tengok camne cycle ni. Husband dah sibuk ajak amik anak anugerah lelaki. Bukan senang dapat juga anak anugerah ni. Semua bergantung pada rezeki juga. Memang dah ready juga andai ada rezeki kami untuk menjaga anak anugerah...

Anak-anak kami tengah demam. Sekarang ni dalam perjalanan ke klinik untuk kali ke 2. Nak buat blood test lak. Sekarang ni memang musim demam sebab cuaca sangat panas... sian anak-anakku...Ibu doakan sangat-sangat kamu berdua sihat seperti selalu... Ya Allah tolonglah kembalikan kesihatan anak-anak  kami..aminnn...

Tengok bbt chart macam nak jadi cantik..tapi tu la..cantik tak bermakna tanda akan dapat upt positif juga... kun fa ya kun..ada rezeki..adalah.. period lagi sekali cadang nak buat blood test untuk LH dan FSH..saja nak tengok hormon sendiri macam mana dan sebagai rujukan pada rakan-rakan ttc yang lain...

Wednesday 6 January 2016

DPO9 : Cycle ke 6

Assalam. Dah lama tak update kat sini rasanya. Dah dpo9 rini. Upt negatif je. Memang tak letak harapan langsung bulan ni... bulan ni 2 kali on antibiotik gara-gara kaki yang kena infection. Period pun sikit je ritu. Tak tau la ovum tu macam mana. Oh ye dpo6 ritu gi buat p4 test lagi. Result dalam normal range lagi 12.7... Alhamdulillah. Lately rasa badan berbahang extra lebih dari cycle2 sebelum ni maybe sebab kesan antibiotik tu gamaknya. Wallahualam.

Anak ku yang sulung Nayli pun dah mula bersekolah. Rini hari ke 4..katanya seronok pergi sekolah. Rasa baru je lahirkan anak ibu tu...Ibu doakan moga Nayli Nafisa jadi anak yang baik akhlak..solehah...cerdik dan sihat selalu ye...aminnn... ibu sayang sangat kat Nayli. Dulu ibu pernah terpikir takkan dapat rasa ada anak..ternyata fikiran ibu jauh meleset... DIA tentukan segalanya yang terbaik buat hambaNYA...lepas ni Qayla pula akan bersekolah...hehe..tapi masih nak nenen je lagi... akal dah makin panjang. Ibu letak asam jawa dia kata nape ibu tak letak ayam kat nenen..boleh Qayla makan...ha..amik kau..anak2 yang semakin membesar..semakin berhubung saraf2 di otaknya..moga terus sihat dan bijak anak2 ibu....aminnn...

Esok ibu try celup lagi...walau tau memang negatif hehe...kaki celup katakan...