Sunday, 20 December 2015

CD 3 : 6 Cycles

Period kali ni sikit je la rasanya..gara2 amik antibiotik untuk kaki ni kot...

Dah malas nak ttc sebenarnya..banyak benda nak fikir start 2016 nanti ni...Nayli dah nak sekolah. Tapi masih juga dok amik suhu..hehe..tanda masih tak leh tinggal la ttc ni..tapi maybe dah tak fokus sangat dah la.. nak tumpu kerja dan family dulu la.. Nak try homeschool juga anak2 ni.. ok la customer dah sampai... ni share bbt rini... tangga gelongsor haha...

Saturday, 19 December 2015

CD 1 19 Disember 2015

Suhu pagi ni drop..so bermulalah flow sejak pagi lagi semasa mengurut pelanggan dispa. Memang dah standby pakai pad. Petang sikit rasa macam senggugut. Lepas tu habis je pelanggan ke 3 terus tangas. Lega sikit. Senggugut dah hilang buat masa ni. Lama dah tak kena senggugut. Ni agaknya sebab P4 tinggi ritu sama kot ni... ni daku share bbt pagi ni.. masa ni tak update lagi AF... next cycle stop dulu ttc..main prinsip hentam keromo..ada rezeki adalah...malas dah nak pulun2...stress lak rasa mencelup haha...

Friday, 18 December 2015

Dpo15 : Evap again...

Hai la..tadi try upt brand disclosure... masa buat tak de line pun..lepas tu keluar rumah pergi spa dan beli barang...balik tadi tengok ada line lak.. perut still bloated teruk sampai sekarang 7.45pm.. ngada2 betul la perut ni.. ada baby ke tak ni...hehe... masih nk letak harapan skit bila tengok ada line walau evap hehe...tengok suhu esok lak...kalau tinggi lagi nak buat cbd... kalau turun pakai pad hehe...

Thursday, 17 December 2015

Dpo15 : Evaporation line

Tadi balik dari spa saja lah gi celup upt brand Guardian. Tup2 ada line..makin lama makin terang.. bila tanya Sylvia dia kata memang ramai yang komplen upt ni senang evap... so memang xde la letak harapan dah...try upt lain pun negatif je..perut masih lagi bloated. Sekarang kat klinik kesihatan pasal kaki ni. Sakit ooo... harap period datang cepat...huhu..tak selesa sangat ni... Ya Allah cepatkanlah darah keluar..tak sedap betul rasa. Dah la kaki sakit. Esok dan lusa customer ramai lak tu. Moga daku cepat sihat...amin...

Dpo15: Bloated teruk

Dari pagi rasa tak selesa..perut bloated sangat. Ya Allah...cepatlah bagi period hambaMu ini keluar. Tak tahan rasa. Rasa perut macam belon... tengah urut customer tadi pun rasa tak selesa. Rasa berketul je rahim. Maybe kesan progesteron yang tinggi tu. Suhu rini mcm pelik. Biasa daku amik suhu berkali2 takde la beza sangat. Memula 36.5...pastu 36.4...masa tu subuh. Lepas subuh tidur balik. Then jaga saja amik balik suhu 36.8... jauh lak bezanya. Badan memang rasa macam nak demam. Bahang semacam lak. Upt sah2 negatif. Daku masukkan suhu 36.5 je ke ff... menanti cik P je la samada petang atau malam ni... tengok suhu esok lak...

Wednesday, 16 December 2015

Dpo14 : Update petang hari

Tengah dok balas2 whatsapp dengan zainah n geng2 ttc..perut ni bloated betul... mana ada makan benda berangin...tanda nk period gini ke pulak dah? Ke daku yang perasan preggy lagi ni? Dah keliru dah ni haha.. jap lagi nak urut Khaida ni.. ex ttcian... amik aura mak buyung hehe... esok cepat lah drop suhu..takmo la bloated gini dah esok. Harap esok cd1 dah...boleh rest dulu dari fokus ke ttc... boleh fokus ke spa dan produk Naqayla... daku tahu DIA tentukan yang terbaik buat kami... kun fa ya kun...

Dpo14 : Update petang hari

Tengah dok balas2 whatsapp dengan zainah n geng2 ttc..perut ni bloated betul... mana ada makan benda berangin...tanda nk period gini ke pulak dah? Ke daku yang perasan preggy lagi ni? Dah keliru dah ni haha.. jap lagi nak urut Khaida ni.. ex ttcian... amik aura mak buyung hehe... esok cepat lah drop suhu..takmo la bloated gini dah esok. Harap esok cd1 dah...boleh rest dulu dari fokus ke ttc... boleh fokus ke spa dan produk Naqayla... daku tahu DIA tentukan yang terbaik buat kami... kun fa ya kun...

Dpo14: Suhu masih belum drop

Suhu pagi ni masih sama...36.8 °C... upt sama je negatif. Esok la maybe akan drop. Berakhirnya cycle ke 5 ttc #3... ketika ini perut rasa kembung la sangat pulak.  Breast rasa berdenyut2..maybe tengah berisi susu. Qayla tengah dahaga agaknya. Baru selesai mengurut tadi ni ha. Masih ada di spa lagi. Petang nanti seorang lagi pelanggan yang tengah pregnant...seorang ex-ttcian juga. Dah berkali2 daku terpaksa tunda booking dia sebab anak2 sakit ritu. Jadual lak dah padat. So hari ini baru kelapangan. Alhamdulillah. Kaki ku ni ada macam kena gigitan serangga 3 tempat. Bengkak n sakit macam bisul je..mula2 tu gatal. Bila dh garu makin bengkak n mcm nak bernanah skit lak dah. Apsal ntah. Malam tadi dah letak apple cider vinegar..nampak ada perubahan. Malam ni nk buat lagi. Sakitnya la hai. Ku tahan jua. Esok dpo15...biasa dpo15 la yang paling panjang. Dpo16 akan period yg pasti...so tunggu suhu esok lak. Standby pad je esok hehe...

Tuesday, 15 December 2015

Dpo13 : Suhu cantik lagi

Pagi ni buat upt lagi...biasalah kaki celup. Dpo13 upt masih negatif. Memang dah takde harapan la nak dapat positif. Tunggu Af je nanti..samada esok atau lusa. Orang lain dpo13 dah terang juga line. Macam daku jugalah dulu. Dah terang jelas je..tak yah juling2 mata dah...takde la chance dah nak dapat baby Ogos 2016...takpe2...DIA tau yg terbaik kan untuk hambaNYA...kun fa ya kun.. minggu ni dah hampir penuh jadual kat spa...so nak tumpu spa je la buat masa ni...

Bbt chart hari ini...

Ngomelan petang hari

Dah sampai di rumah kami petang ini dengan selamat Alhamdulillah. Dok rasa macam senggugut dari tadi. Kaki celup punya pasal sampai2 rumah tadi celup lagi hehe...sah2 negatif juga. Memang takde harapan je ni. Memang rasa macam nak period sangat dah. Ingat macam nak buat blood test untuk P4 lagi..tapi bila upt takde line langsung ni malas dah rasa. Buang duit lak rasa. Esok dah start tugasan balik. Mengurut... Dalam kepala macam2 fikir... Matlamat nak wujudkan Medical Spa la yang utama...Allahuakbar banyak sungguh cabaran bila kita berniat baik dan betul ni...perjanjian spa tak siap2 lagi. Dah setahun tu... kang kata daku tak nak bayar sewa lak. Bila perjanjian tak setel lagi..benda lain tak berani nak buat balik. Kalau benar belum rezeki zuriat ke 3 lagi memang nk fokus pada matlamat yang ni je la dulu...nak buat produk atas jenama NAQAYLA SPA lagi...FORESTRA nak serah je pada partner...banyak sangat benda yang jadi halangan untuk ku capai matlamat dalam Forestra... oh ye berbalik pada bab ttc.. tadi keluar creamy bagiku banyak la pulak dari cycle2 sebelum ni...dok cadang period nanti nak tukar2 urut balik dengan Kak Nor...dah lama tak berurut ni...ok la..stop sini dulu...share bbt chart jap...cantik tak..hehe... nampak suhu tu cantik je..tapi akan drop samada esok..lusa atau tulat tetiba nanti...hehe...

Monday, 14 December 2015

Dpo12 : Upt negatif

Hari ini bertolak balik KL. Pagi tadi buat upt negatif je. Takde la harapan dah. Tunggu period je la ni. PMS dah datang. Perut dah mula rasa macam senggugut yang mild. Rasa asyik nak marah. Rasa tak selesa badan ni. Macam nak demam pun ada. Ermmm ntah la. Cycle ni tak jadi kena stop ttc dulu... fokus pada kerja dulu je la. Banyak planning dalam kepala dah. Ada rezeki adalah kan...kun fa ya kun...

Suhu saja2 sebelah malam

Malam ni dekat umah family di Ipoh. Terasa macam bahang sangat lak badan ni walaupun dah mandi. Suhu amik tadi 37.3°C. Mengantuk dan rasa lemah badan. Maybe berjalan merata sebelum ni. Terasa juga la macam ada benda nak keluar. Macam creamy tu. Kalau masa Qayla banyak masa2 ni.. tapi ni sikit je. Ntah la... malas nak fikir..tapi tetap ku fikir juga hehe...kekerapan ke toilet tetap maintain..kejap2 nak kencing huhu... rasa macam senggugut yang mild pun ada juga ni.. tanda period or preggy??? Sama je simptom sebenarnya disebabkan peningkatan progesteron...Upt yg 20miu/ml line nya tak nampak pun. Ermm... maybe sebab telur keluar lebih dari 1 je la kot ni. Perut rasa bloated dan berketul masih lagi. Kalau ikut ff period akan datang hari Khamis ni. Wait and see je la...esok lak keje mencelup ku akan buat...tunggguuuu...

Dpo11 : Faint line ke tu???

Buat upt yang sensitivitinya 10miu/ml... ada la nmpk line yang sangat faint... dari semalam simptom mengantuk gila terasa. Perut biasalah fasa 2ww akan bloated. Geng2 ttc pun nampak line tu walau pudar sangat... macam tak sesuai lak daku tengok untuk dpo11 hehe... orang lain dah terang dah... emosi lak macam over sedih. Pagi tengok Frozen je pun boleh rasa nak nangis.. dah daku ni simptom perasan preggy ke apa???
Ya Allah...kalau benar ini rezeki kami..sihatkanlah dia... andai bukan rezeki daku redha...
Dah on the way balik Ipoh. Tidur sana semalam. Tadi sempat lagi pekena laksa sotong..sedap! Lokasinya di Simpang Empat, Penang.

Cuba tengok gambar upt tu...

Sunday, 13 December 2015

Keputusan masih negatif DPO10

Lepas balik kursus Penyediaan Set Bersalin Lengkap tadi... terus check upt. Negatif je resultnya. Perut dah kurang rasa cramp. Rasa dah 95% tak de tanda positif je. Kalau ada rezeki syukur Alhamdulillah. Ceh..masih juga letak harapan sikit2 5%. Bak kata cikgu Pah.. daripada gurunya juga la ayat ni..kena letak 90% doa.. 10% usaha... kalau ditakdirkan ada rezeki daku amat bersyukur... belum rezeki pun takpe.. daku redha..boleh tumpu 100% pada kerjaya. Lepas ni daku nak stop ttc dulu rasanya. Bergantung pada rezeki je nanti...takde la nak fokus sangat dh kot nanti...suhu tinggi pagi tadi 36.8°C. Tengok esok lak macam mana...ramai dok kata maybe daku pregnant...huhu... daku tahu DIA akan beri yang terbaik buatku dan keluarga...emosi macam tak berapa stabil lak petang2.. rasa nak marah je..ngantuk gila petang ni lak tu...letih dok dlm kelas tadi kot...

Qayla masih bf...susah juga nak wean off.. bulan ni umur 2 tahun 4 bulan dah dia..jap je masa berlalu... kalau dapat adik pun dh ok la dia tahun depan..hehe.. kita tengok esok lak camne... kun fa ya kun...

Friday, 11 December 2015

Rasa tak pregnant lak

Tengahari ni sakit pagi tadi tak rasa dah. Cuma perut masih rasa berketul. Dok teringat pundi kencingku yang masalah ke ni pun??? Dah la kencing tak lawas. Ke rahim terturun? Hmmm.. upt buat juga tengahari baru tadi..negatif je. Jadi dah tak letak harapan. Period 80%... pregnant 20%. Jap lagi nak gi jalan2 cari makan dengan adik beradik husband. Nak makan laksa janggus la..mee kuah ketam la.. capati Kulim la..macam2 nak makan kami semua ni. Best sekali sekala keluar ramai2. Esok maybe nak buat bbq kat pantai mana2... esok dpo10. Ntah apa la resultnya. Rasa nak buat blood test lagi pun ada untuk P4. Tengok kalau rajin ke Bp Lab isnin ni lak...

Cramp teruk Subuh Dpo9

Ya Allah...ketika ini rasa cramp teruk sangat dekat ari-ari. Macam angin pun ada. Buat upt tadi negatif je. Nak kata makan makanan berangin tak de pun. Aduhla...sakit betul. Nak tidur balik payah je ni. Menyucuk- nyucuk rasa angin luar biasa. Harap akan ok nanti...amin. Kalau ada rezeki ini tanda preggy daku relakan. Amin...

Update malam hari dpo8

Perut ketika ini tak sedap betul. Dah beberapa kali buat upt semuanya negatif.  Sejak tengok result P4 tu tertanam juga harapan sebenarnya. Sebab tinggi sangat kan. Tapi tak tau la macam mana nanti. Ada la tanya beberapa orang ttcians tadi termasuklah admin2 TTC Malaysia. Semuanya memberikan harapan. Wallahualam. Bagiku..walau ada harapan tetap redha kalau bukan rezeki lagi. Qayla ni masih bf lagi. Kejap2 nyusu. Harap takde apa la kesan andai memang benar daku pregnant.

Oh ye. Rasanya sebelum ni tak cerita lagi mengenai folicular tracking yang daku buat cd12 ritu. Ada sebelah kiri saiz 21mm x 16mm. Sebelah kanan ada 2 . Tapi satu yang besar sikit 13mm x 12mm. Hmmm..ntahla... ada rezeki adalah. Kun fa ya kun...

Thursday, 10 December 2015

Progesterone Result

Pagi tadi adikku bagitau result progesteronku 47ng/ml Tinggi. Kalau di tukar ke unit lain 149.5nmol/L.
Kalau ikutkan teori maybe pregnant. Tadi saja lah adikku buat beta hcg. Result <1.2. Memang negatif lagi. Baru dpo7 kan semalam. Kalau masa preggy anak no 2 (Qayla) dulu pun dpo11 12.7miu/ml. Jadi kalau betul pregnant belum dapat detect lagi.

Perut rasa cramp n berketul je rasa. Tadi masa kursus Penyediaan Boreh pun tak kusyuk bila tengok result tu tinggi. Dalah hati ada letak harapan juga la kan. Kalau orang lain pun sama hehe. Apa2 pun daku tahu DIA akan beri keputusan yang terbaik buat daku dan keluarga.

Ni result p4 ku...

DPO7 Progesterone Test

Hari ini ada kat Ipoh. Dalam pukul 11 lebih pagi tadi pergi Bp Lab buat blood test untuk hormon progesteron (P4) sebab rini DPO7... harap result ok. Esok pagi kot dapat result. Asyik nak terkucil je. Sekarang ni pun on the way ke Penang. Esok pagi ada kursus. Dok ngap2 buah dalam kereta.

2 cycles sebelum ni suhu lambat gear up. Tu yang nak tengok P4 ni. Buat upt pagi tadi negatif je. Takde rasa preggy pun hehe. Kadang naluri ni boleh dipercayai..kita tengok ye macam mana hasilnya pada Dpo15 ngeee...

Monday, 7 December 2015

Simptom Perasan?

Assalam dan salam sejahtera... Macam dah berhari2 tak update blog ni. Rini DPO4..suhu jadi macam pembaris..petang2 ni rasa badan berbahang. Dari malam tadi ke pagi tangan jadi gatal2...mula lah perasan macam simptom birasku pregnant...haha..tangannya jadi gatal2... lepas abis mengurut tadi ok je balik. Pagi tadi urut adik sahabat UM ku di Bandar Baru Sri Petaling dengan maknya. Fuhh..rumah macam istana tau...tengok2 dah macam sesuai shooting cite Hindustan je hehe...swimming pool kattengah2 rumah kau...jakun sekejap..ye la daku orang kampung2 style je..rumah pun kecik je kan ...masa tengok tu terus tanamkan azam..nak juga rumah gitu 1 hari nanti sebenarnya hehe...pahit akan manis akhirnya kan...pastu rasa best tgk baby customer ku itu...baru usia 7 hari..boy lak tu. berangan la dapat boboi cmtu..comei bangat..ahaks...kalau ada rezeki adalah kan..kun fa ya kun... tak kisah la girl ke boy..DIA bg terima je...as long sihatdan selamat...

Perut dari ovulasi ritu sampai sekarang masih bloated. Angin kus2 dok keluar je rini..dah la kerap kencing lak tu...rasa macam rahim terturun pun ada. Ermmm...nak sengkak sendiri tak berani lak.. dah lama daku dan kak nor tak tukar2 urut lantaran masa yang terhad...huhu..tawakal je la...harap takde apa..rabu akan bertolak balik Ipoh dulu...tidur sana semalam...khamis balik Penang...Jumaat ada kursus penyediaan Boreh..Ahad kursus cara penyediaan set bersalin lengkap. Ikut gerak hati je sekarang ni nak buat apa pun...berserah bulat2 apa yg ditakdirkan. Mungkin rezeki bukan sebagai usahawan lagi tapi susahawan hehe...baru la "akar" ku kuat kan... :)

Baru tadi post ni..nak bagi ttcians berubah ke arah positif kt group TTC Malaysia dan personal fb ku... kalau dulu cakap lembut2 ramai je yang tak nak berubah...memang kena kasi sentap baru hasilnya sedap hehe...oh ye... kat bawah tu daku share bbt rini... tak letak harapan pun..just fikir ada rezeki pasti milik kita punya kan...kun fa ya kun...daku tahu DIA kan beri yang terbaik buat hambaNYA...

Dear ttcians
------------
WARNING PADA PEMBACA... kalau kepala u all negatif JANGAN BACA post ni...
Ayatku memang pedas... sebab daku dah lalu JALAN yg sama u all sedang lalui...ada lopak..ada duri...ada perangkap samar... ada nyamuk... macam2 ada la pendek kata.. yg mana sentap sbb memang kena batang hidung sendiri... walau tak selama u all ttc..saya ttc 5y2m je... tapi tetap lalu JALAN yg sama...zaman JAHILIAH yg pernah daku lalui...
Ayat sedih - tak percaya qada dan qadar tuhan
Ayat perasan preggy - letak harapan tinggi bila berusaha sedangkan kun fa ya kun
Ayat putus asa - kita ni bkn insan yg senang2 je sekali tembak terus lekat... org lain yg riak akan anggap suami mereka hebat atau suami mereka sendiri kata mereka power...lupa yg DIA yg bagi... kita kena usaha lebih try iui la..ivf la.. detox la..urut la..mkn itu makan ini..cucuk sana cucuk sini baru DIA nk bg sbb kita KUAT n MAMPU hadapi dugaan ini...org yg riak tu belum tentu leh hadapi..dan maybe dia hadapi dugaan lain (tanpa sedar)... tp riak mengalahkan firaun kadang tu...hmmm (pada yg pernah begini moga sentap dan insaf dengan ayat ni hehe)... mmg pedas dan kena batang hidung...hanya yg mengalami akan memahami
Ayat sang PEMALAS - rasa mcm diri nak dok saja mcm org senang lekat.. tak yah g check up bagai..x yah telan itu ini.. x yah jogging bagai utk turun berat..dalam kepala kata tu jiran saya tu bdn besar anak setahun sorg...ada ke sama hormon dia..masalah dia... rahim dia..cara hidup dia dgn anda? Saya pasti kembar seiras pun xkan sama..apatah lagi anda kembar x sebapa x seibu...anggap ada PINTU DORAEMON... nk mudah semua.. pastu dok rasa org hantar sihir tak abis2...sedangkan ovulasi setahun sekali baru ada.. pcos..kena la turun berat badan...
Nak cari info ttc pun malas yg amat...nak bersuap bagai..ingat nanti ada anak ada org tolong cebokkan berak dia??? Anak nangis n sakit bg babysitter buat semua..kita tidur terbungkang nganga smpi masuk lalat dlm mulut? Ingat bela anak patung?? Nak anak kena la rajin...
Moga anda terus positif bagi yg belum TUKAR tu... positif la..positif la... in sha Allah DIA bg anda upt positif dan membesar dengan sihat amanahNYA itu...tukarlah cara hidup ke arah yg lebih sihat dari segi fizikal..spiritual..emosi...mental...

Ok..nanti sambung balik daa...Wassalam

Monday, 30 November 2015

Cycle baru

Assalam dan salam sejahtera...

CD10 hari ini.. anak-anak dan suami kena food poisoning. Mula-mula Qayla yang kena dulu. Dari Sabtu pagi tu muntah-muntah teruk. Ahad yakni semalam dia mula cirit birit. Nayli pun mula muntah juga. Malam tadi cirit birit. Suhu macam tak berapa valid je pagi ini. Kerap terjaga. Daku lak ceri beri juga tapi tak teruk. Suami pun. Ntah apa la makanan atau minuman yang kami amik ritu. Opk masih negatif hari ini...pagi tadi rasa gak cramp2 perut. Tak pasti simptom ovulation pain atau angin sebab ceri beri tu. Pinggang pun sakit sangat pagi tadi. Husband tolong sapu minyak dan urut-urut sikit. Alhamdulillah ada perubahan... kurang sakit dah. Sabtu dan hari ini terpaksa batalkan temujanji dengan pelanggan sebab kes 1 family kena food poisoning ni. Semalam (AHAD) tetap ambil juga pelanggan. Tengok esok lusa lak camne... :)

Wednesday, 18 November 2015

Balik dari bercuti di Hometown

Alhamdulillah sampai ke rumah di Selayang setelah bercuti jumpa keluarga di Ipoh. Esok misi bermula semula. Pakej Urutan Selepas Bersalin 2. Tadi sampai2 je rumah terus celup upt. Negatif je hehe. DPO13 rini. Cantik je rasa chart tu hehe...
Erm...naluri preggy bulan ni memang takde hehe. Sebelum ni cp ada je naluri tu. Nak cite camne pun tak tau. Hanya yang pernah alami akan tau. Suami lak dah bagitau awal2..takpe nanti kita try next cycle. Nanti due anak bulan 8. Nak lengkapkan keluarga 88888 kami hehe.

Tarikh lahir kami sekeluarga :
Jue 8.8.80
Azri 18.2.76
Nayli 8.5.11
Qayla 29.8.13

Semua ada 8... so kalau DIA perkenankan yang no 3 nanti pun nak bulan 8..amin.. lagipun kalau pantang masa tu dah lepas raya ok la...hehe...berangan tak sudah...wait n see saja apa yang DIA takdirkan. Terima je dariNYA. Sudah pasti itu yang terbaik untuk kami sekeluarga kan. Amin.

Wednesday, 11 November 2015

Bermula kembali

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pada pembaca blog ku yang telah lama ditinggalkan. Baru beberapa hari sudah daku baru buka blog ni. Tak sangka ramai juga yang membaca sehingga mencecah 32k pageviews. Alhamdulillah sedikit sebanyak boleh menjadi sumber rujukan serta menaikkan semangat ttcians.

Sekarang anak2 ku pun dah makin membesar. Nayli dah nak bersekolah dah tahun depan. Nayli sekarang berumur 4 tahun 6 bulan. Manakala Qayla pula dah berumur 2 tahun 3 bulan. Makin besar makin mencabar sebenarnya menjaga amanah zuriat dariNYA ini. Moga kami boleh menjadi ibu bapa yang terbaik mengikut landasanNYA. Amin.

Daku dah 4 cycles sebenarnya ttc untuk #3 tapi cycle ke 4 ni macam tak berapa nak fokus pasal ttc  ni lantaran banyak temujanji dengan pelanggan untuk mengurut. Oh ye, bagi yang tak tahu, daku dah mula memberikan perkhidmatan urutan tradisional Melayu kepada pelanggan menggunakan produk FORESTRA. Rata2 ttcians banyak datang untuk mendapatkan pakej kesuburan iaitu urut dan tangas. Daku memberikan khidmat konsultansi secara percuma untuk pelanggan berkaitan cara moden, tradisional dan alternatif. Sangat enjoy membantu...

Rini dpo7..tetap aktiviti penagih celup tegar dilakukan. Ternyata lah negatif. Suhu pun baru je naik hari ini. kalau tak rendah je...tak letak harapan pun. Sibuk sangat bulan ni dan tak rasa apa2 sangat pun atau maybe daku sendiri tak sedar.

Okla. Stop sini. Nak lunch. Jap lagi ada customer 2 orang lagi kt spa. Pagi tadi ke Selayang Mulia untuk pakej 3 Urut Selepas Bersalin.