Wednesday 11 November 2015

Bermula kembali

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pada pembaca blog ku yang telah lama ditinggalkan. Baru beberapa hari sudah daku baru buka blog ni. Tak sangka ramai juga yang membaca sehingga mencecah 32k pageviews. Alhamdulillah sedikit sebanyak boleh menjadi sumber rujukan serta menaikkan semangat ttcians.

Sekarang anak2 ku pun dah makin membesar. Nayli dah nak bersekolah dah tahun depan. Nayli sekarang berumur 4 tahun 6 bulan. Manakala Qayla pula dah berumur 2 tahun 3 bulan. Makin besar makin mencabar sebenarnya menjaga amanah zuriat dariNYA ini. Moga kami boleh menjadi ibu bapa yang terbaik mengikut landasanNYA. Amin.

Daku dah 4 cycles sebenarnya ttc untuk #3 tapi cycle ke 4 ni macam tak berapa nak fokus pasal ttc  ni lantaran banyak temujanji dengan pelanggan untuk mengurut. Oh ye, bagi yang tak tahu, daku dah mula memberikan perkhidmatan urutan tradisional Melayu kepada pelanggan menggunakan produk FORESTRA. Rata2 ttcians banyak datang untuk mendapatkan pakej kesuburan iaitu urut dan tangas. Daku memberikan khidmat konsultansi secara percuma untuk pelanggan berkaitan cara moden, tradisional dan alternatif. Sangat enjoy membantu...

Rini dpo7..tetap aktiviti penagih celup tegar dilakukan. Ternyata lah negatif. Suhu pun baru je naik hari ini. kalau tak rendah je...tak letak harapan pun. Sibuk sangat bulan ni dan tak rasa apa2 sangat pun atau maybe daku sendiri tak sedar.

Okla. Stop sini. Nak lunch. Jap lagi ada customer 2 orang lagi kt spa. Pagi tadi ke Selayang Mulia untuk pakej 3 Urut Selepas Bersalin.


No comments:

Post a Comment