Sabtu lepas sebelah malam dalam perjalanan menuju ke my hometown di Ipoh daku period...dpo11 je masa tu. Maybe kesan pengambilan pcm masa daku demam ritu. Tak ready langsung. Nasib la jenis bukan sekali flow banyak. Jadi cd1 jatuh hari Ahad... rini dah masuk cd8...daku dah rasa nak stop semua usaha dulu. Sebab kepala berserabut memikirkan kerjaya dan usaha mencari rezeki..dekat 2 minggu daku tidak bekerja.. kerja sendiri beginilah.. takde pekerja.. kalau cuti... soru pun cuti...banyak sangat planning dalam kepala ku ini untuk menambahbaik servis yang ku tawarkan.. dah la sewa spa dinaikkan. Dengan perjanjian spa baru siap setelah setahun lebih spa daku beroperasi. Hmmm...itulah dugaan kepada daku yang mencebur dunia perniagaan. Bukan sesuatu yang mudah untuk harungi. Seperti mana proses ttc...sama jugalah dengan proses perniagaan. Pahit akan dirasai dulu.. manisnya kemudian..yang pasti manis tu akan dapat pada tarikh dan masa yang tepat dariNYA...kita tidak akan tahu.. apa yang kita boleh buat hanya lah usaha dan DOA... kalau dulu daku stress sangat nak kejar jadi jutawan..namun sekarang segalanya berubah sejak daku jadi pemegang sijil ttcian yang berjaya dikurniakan zuriat... memang pengalaman ttc banyak memberi kesabaran padaku untuk harungi dunia usahawan juga sebenarnya... bagi daku..proses yang sama dilalui..cuma *resepinya* yang berbeza... so bulan ni daku nak stop proses ttc...daku nak tumpu pada bisnes... fokus kepada memberi sumbangan pada masyarakat selain mencari rezeki.. daku amat memahami dunia ttcians.. perjuangan ku telah diatur olehNYA...daku bukan membuat rekaan sendiri atau mencipta matlamat sendiri...jalan ini telah ditetapkan olehNYA... daku tidak pernah terlintas untuk masuk ke bidang ini dahulu.. tidak pernah sama sekali terpikir untuk menjadi juru urut kesuburan... segalanya seperti dirancang elok olehNYA...bermula dari group ttc malaysia..daku dalam syarikat sdn bhd sebelum ini..merancang nak buka spa bertaraf 5 bintang..tetapi tak menjadi... daku amik kursus khas untuk pakej lepas bersalin je sebelum ni... sebab minat nak jaga orang dalam pantang dan mengulit bayi2 yang baru lahir serta rawatan spa yang memberi terapi penghilang stress pada diriku sendiri sebenarnya. Alih2 geng2 ttc semakin hari semakin ramai yang datang untuk mendapat perkhidmatanku.. ya daku memang ada keturunan bidan..bakat mengurut memang ada sedari kecil sebenarnya... daku aktif sukan dulu..selalu bantu rakan2 yang terseliuh semasa bersukan serta mengurut keluarga sahaja..Alhamdulillah biasanya lepas urut..mereka pulih dengan izinNYA... tak pernah langsung belajar dengan keturunan bidanku... semua kursus daku belajar sendiri dengan pakar2 bidang postnatal...urutan Melayu dan spa...
Ya Allah..terima kasih kerana memberi bakat dan ilmu urutan kepadaku..walau bidang ini memenatkan..tapi daku begitu seronok melihat pelanggan sihat dan berjaya hamil... sumbangan pada masyarakat amatlah besar sebenarnya bidang urutan yang daku terokai ini... ada yang mengata..itu perkara biasa sejak daku melompat ke bidang ini.. dikatanya daku tak memartabatkan produk ku sebelum ini kerana menjadi tukang urut.. mereka salah menilai.. tukang urut dan juru urut adalah berbeza... ilmu dan servis kami diiktiraf cara profesional dan dimartabatkan..umpama pawang/dukun yang menjadi pharmacist dan doktor kini.. urutan Melayu dah masuk hospital2 lagi di bawah Traditional Complimentary Medicine (Kementerian Kesihatan Malaysia)... arghhh pedulikan kata2 hinaan mereka.. daku dah tak peduli... janji hati ku seronok dan tenang sudah... daku anggap mereka tidak tahu langsung..jadi memang abaikan je pemikiran kolot mereka.. jangan pandang luaran.. kerana dalaman yang penting... hmmm... moga DIA permudahkan segala urusanku...aminnn... hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA...
Nak tidur dah... zzzzzz.... esok pagi nak bangun dengan semangat baru dan rezeki baru...aminnnn...
No comments:
Post a Comment