Pukul 11 pagi dan pukul 2 petang buat upt. Negatif je. Breast sakit sangat rasa dah. Simptom nak period dah semakin ketara sampai ke petang ini. Dijangka
akan period pada hari raya kedua maybe. Nak pindah rumah lagi ni lepas raya ni. Kalau pregnant jenuh juga.
Tuesday, 12 June 2018
Dpo9 Cycle 15
Sunday, 10 June 2018
Dpo8 Cycle 15
Lepas sahur sebelum subuh. Scroll fb. Rasa pening. Lepas tu tidur balik. Ni bangun dok rasa sikit-sikit lagi pening. Tapi tak seteruk lagi tadi. Tak pasti sebab minum kopi mak dah tuang dalam cawan ke apa tadi. Semalam minum takde apa pun. Tengok balik upt yg test semalam ada line. Tapi maybe evap sebab dah lama. Jap lagi nak gi urut adik dan anak dia hari ketiga. Harap dah tak pening. Risau tekanan darah masalah. Kalau petanda pregnant takpe lagi. Tapi naluri rasa tak jadi je. Dok stress dengan nak pindah rumah lagi ni...huwaaa....
Wednesday, 6 June 2018
Dpo4 Cycle 15
Dah dpo4 kalau tengok pada bbt chart. Cd11 dan cd12 opk positif. Tapi cover line keluar pada cd11. Tak tau la kali ni bbt pelik ku rasakan..biasa cl akan keluar paling kurang pada opk positif yang terakhir. Ni cl keluar sebelum habis opk positif lagi. Cd11, cd12 dan cd13 ovulation pain memang ketara 3 hari ni. 2 hari je sempat bd. Tak sabar nak start celup dpo7 ahad ni. Haha. Si kaki celup gini lah. Jumaat malam atau Sabtu pagi akan balik ke Ipoh. Urut adikku yang baru bersalin 1 Jun ritu.
Ada rezeki adalah untuk kami...kun fa ya kun...
Tuesday, 5 June 2018
CD13 cycle 15
Dah lama tak update. Ttc cycle ke 15 ni pada bulan Ramadhan. Perut banyak rest la..hehe. Berat dah turun almost 3kg. Dari 57.6kg ke 54.7kg.
Kelmarin dan semalam opk positif terang dah. Bd 2 hari. Hari ini opk dah negatif semula. Suhu bbt dah gear up 2 hari actually. Malam ni bd lagi..harap suami ok hehe...
Dugaan bulan puasa ni. Badan lemau sikit. Hehe.
Sampai ke hari ini rasa ovulation pain kuat. Tadi rasa sakit kat belakang pinggang. Perut rasa macam sengal, denyut..dah masuk hari ketiga rasa.
Bulan ni juga try minum balik susu higoat yang tiada gula tu. Try susu fresh tak de perubahan lak badan ku ini. Dedulu dua-dua anak minum higoat. Badan ku serasai gamaknya dengan higoat. Ovulation pain tu sangat ketara. *terasa lebih subur* keh keh.
Perut rasa bloated tu lebih hari ini. Rasa lemau dari semalam..padahal sahur makan nasi berbanding hari-hari sebelum ni minum air nabez, makan kurma dan susu higoat.
Ada rezeki adalah. Takde la letak harapan pun dah. Dah cycle ke 15 kan.. Kun fa ya kun...