Wednesday 26 September 2018

Perjalanan TTC dulu

Perjalanan ttc....

Aku seorang pejuang ttc...

Part 1

Duhai anak...sekejap betul masa berlalu. Terbayang kembali jerih perih ibu dan baba berusaha untuk mendapatkanmu satu ketika dulu..menjadi pasangan yang diduga lambat dapat zuriat membuatkan ibu dan baba lebih kuat rupanya.

Ibu sendiri baru sedar kini akan hikmah yang diberikan olehNYA...berkahwin tahun 2005.. 2011 kami dikurniakan zuriat pertama...

Ibu pernah mohon kerja kerajaan banyak kali..namun paling tertinggi ibu dapat calon simpanan sahaja. Ibu ikut kata atuk supaya dapat kerja kerajaan seperti dia. Lebih stabil.

Namun rezeki ibu bukan disitu...

Ibu cuba cari kerja swasta. Makanya ibu dapat tawaran jadi Medical Lab Technologist di makmal swasta di Ipoh. Kerja la ibu di situ. Dalam hati jeles lihat sahabat dapat kerja kerajaan. Mereka berpangkat kini. Kalau aku di tempat mereka pasti dapat menggembirakan hati atuk.

Selepas setahun bekerja, ibu bertunang dengan baba. Selepas itu ibu dan baba bernikah. Ibu minta tukar kerja di cawangan Penang. 2 bulan saja PJJ dengan baba. Setahun di cawangan Penang. Ibu semakin stress. Kerja yang ibu tak berapa nak minat. Kerana ibu jenis suka kerja dengan perkara yang berlainan. Ibu cepat jemu kalau rutin sama. Lagi satu..dari bulan ke bulan masih belum ada tanda hamil. Kawan-kawan kerja pula memasing sudah hamil. Macam berjangkit-jangkit. Lagi bertambah stress.

Ibu tiada kawan yang sama masalah. Masa itu ibu tiada telefon pintar seperti sekarang. Makanya ibu tiada sahabat yang boleh berkongsi cerita mengenai masalah sukar hamil.

Tapi ibu sempat juga buat ujian darah untuk hormon, scan dan ujian sperma baba disitu semasa masih bekerja. Ibu dapati hormon ibu normal. Sperma baba normal. Tetapi ibu ada ovarian cyst sebelah kiri. Bersaiz 4cm. Ibu ambil pendekatan buat tak tahu pasal cyst tu.

Ibu dan baba lalui hari demi hari seperti zaman couple kami. Hanya berdua. Setiap kali period ibu sedih. Zaman tu memang zaman jahiliah ibu. Dah la takde siapa yang berkongsi cerita. Layan perasaan sendiri. Semakin ibu fikirkan. Ibu semakin stress. Ibu kerap demam ketika itu. Bila stress sistem imun ibu pun turut down. Semangat sah-sah down.

Itu sebab ibu tak suka ttcians jadi macam ibu dulu. Makin kita stress. Makin kita susah hamil.

Kadang sampai tengok baby pun pun boleh bergenang air mata.

Ada sekali tu ibu keluar darah sikit. Hari subur ibu sebenarnya. Ibu takut. Masa tu ibu tak terfikir pasal ovulation bleeding pun. Ibu ajak baba pergi klinik. Jumpa doktor berbangsa Cina. Dia masukkan spekulum. Lihat di dalam merah. Dia kata better buat pap smear. Saya tengok u punya pintu rahim senget ooo. Lepas tu ibu tanya doktor. Sebab itukah 2 tahun saya kahwin masih tidak hamil? Doktor balas. Walau dia berbangsa Cina dia yang sedarkan ibu. U rahim senget ke. Terbalik ke. Kalau Tuhan mau bagi. U boleh dapat punya. Terkedu ibu. Ibu lupa tentang Kun Fa Ya Kun...Qada' dan Qadar...malu ibu sebagai umat Islam. Kehendak yang terlebih menyebabkan ibu lupa segalanya.

Oh ya. Sebelum itu ibu ada juga pergi berurut di bidan kampung. Dia pun cakap rahim ibu senget.

Dia dah betulkan. Tapi kembali senget rupanya.

Adik ipar ibu ada bagitau. Di Baling, Kedah ada seorang ustaz boleh bantu masalah sukar hamil. Ibu ajak baba pergi dalam 3 kali ibu pergi. Setiap kali pergi dia cakap ibu banyak angin. Tiada pun sebut bab gangguan. Sedangkan ibu selalu mimpi menyusukan anak, jatuh tempat tinggi dan binatang berbisa

Ibu hanya minum air yang telah di Ruqyah masa tu...

Bersambung...

No comments:

Post a Comment