Saturday 29 November 2014

Dugaan selepas bersalin - Komplikasi lepas bersalin

Cerita sebenar : (maaf andai ada yg x patut diceritakan tapi jika tak cerita sukar nak difahami):
Bersalin di GH Penang melalui cara vaccum pada 29/8. Semasa kontraksi rasa nk buang air kecil n doc masukkan tiub tapi hanya sedikit saja yg keluar. Daku dah x larat n heartbeat baby dah x stabil jd kena la vaccum. Luka episiotomi byk. Baby alhamdulillah sihat. Semasa dijahit terus bengkak. Bengkak y...g sememangnya menyakitkan dan semakin bengkak. Masuk wad buang air kecil sikit sahaja padahal dah minum air agak byk. Doc kata normal. So sebelum discaj beberapa doc bertelagah mengatakan daku kena hematoma (darah beku) di kawasan epi. Tapi pakar kata bukan. Daku dibenarkan pulang bersama baby pada 1hb 9. Malam tu rasa cukup x selesa n x leh buang air kecil. Esoknya tghari dah x tahan sakit. Perut rasa nk meletup. Bdn menggigil. Husband call 999. Ambulans bawa g hosp kepala batas. Hasil scan, urin x keluar. Doc keluarkan hampir 2liter. Lega skit rasa. Hasil ujian xde ape. So blk umh. Ptg tu jd blk. G blk hosp. Doc check ada infeksi. Jd refer ke hospital seberang jaya. Hasil scan doc pakar perutku penuh bendalir. Doc kata maybe pendarahan atau benda lain. Kena operate segera. Ketika itu jam 4 pg. Doc akan buka blk jahitan epi sbb hematoma. Daku sedut ubat bius dan x sedar apa selepas tu. Sedar2 8pg masuk icu.

Di wad 8, pada mulanya daku ditempatkan di bilik seramai 5 pesakit. Ala2 icu juga. Wad ni wad pembedahan. Malam kedua disini daku terdengar seorg pesakit baru masuk. Menjerit2 panggil maknya. Rupanya dia kena kemalangan semasa hujan lebat. Tulang belakang nya lari. Daku rasa rupanya ada org lagi teruk dugaannya. Daku mula rasa bersyukur daku masih boleh gerakkan bdn. Di wad 8 memang x...
tak dpt tido juga. Tangan mmg x tahan dah dicucuk. Ubat antibiotik perlu dihabiskan selama 14hari. Ubat antibiotik ni yg paling kuat punya utk diriku yg ada jangkitan kuman di dalam darah, luka dan paru2. Sangat fobia setiap kali jarum dicucuk di tgn. Last day di wad 8, nurse2 buat kejutan buatku. Mereka tempatkan daku di bilik seorg. Alang2 selama berbelas hari daku x tgk anak2. Dptla jumpa di bilik seorg ni. Ada privacy. Tapi x sempat family ku bawa anak2 ke bilik dlm wad ni, daku ditempatkan di wad 4. Wad O&G. Disini pakar dah bgtau awal2 daku akan ditempatkan dalam bilik seorg saja. Lega rasa hati. Mmg dapat tido disini walau masih x puas akibat jarum yg dicucuk. Sakit...setiap kali sakit pasti daku demam. Doc semakin risau. Daku pun risau apa lagi la doc nk buat kt daku. Tapi daku selalu bgtau saya demam sebab x tahan sakit jarum ditangan ni doc. Mmg kerap bengkak n merah. Ntah berapa puluh kali bertukar jarum dan urat. Mmg sakit... nak bergerak pun susah. Dahla badanku lemah sangat. Nak turun katil pun susah apatah lagi ke toilet. Nak duduk dari baring punyala seksa. Dalam hati...dosa ku begitu banyak. Ini lah balasannya didunia. Hanya 0.0000000000001% saja....masih byk dosa ku...di wad 4 ni la daku bersetuju utk doc keluarkan air dr paru2. Rasa takut. Tp prosedur nya mudah. Lepas air dikeluarkan baru daku dapat bercakap pjg tanpa tercungap. Rakan2 FMBiosis membuat kejutan datang melawatku. Turun dr KL. Daku sungguh terharu....

No comments:

Post a Comment