Hari ini dpo8.. Start semalam selesema...hari ini demam skit. Ingat nak pegi mandi kolam pagi ni. Rasa tak berapa ok kot. Kang nak hembus nafas dlm air susah kalau selesema.
Semalam ada customer datang spa dari Kuantan. Ttc anak no 2 selepas 3x iui tidak berjaya. Moga ada rezeki beliau dan suami selepas ini. Aamiin.
Khamis lepas daku balik Penang drive sendiri dengan anak2.. Gi mandi kolam Bukit Mertajam. Kejap je. Sebab hujan. Lepas tu Jumaat kami ke Taiping mandi kolam tertua di Malaysia. Balik tu singgah sahabat UM lin n yanti di Taman Tasik Taiping.
Perjalanan balik ke KL. Singgah di R&R Ulu Bernam. Dah habis makan, biarkan anak2 main sekejap. Duduk disebelah suami. Tetiba dia tanya...dah mai bulan ke.. Daku jawab awal lagi la. Baru dpo6. Rasa u pregnant pa... Sleng utara memang tegar suamiku..
Semalam dia cakap lagi di kedai mamak..masa kami tunggu siap basuh baju di dobi sebelah. Tanya kenapa abang rasa na pregnant. Dia kata macam nampak tanda.. Daku ni tak rasa pun pregnant...haha..rasa nak period. Dah kenal tubuh ni..since dpo6 tu breast dah rasa sakit.. Ni perut dok rasa cramp...simptom period..semalam gatal check upt negatif je baru dpo7.. Try opk rini kt saujana putra ni...sebab tu je yg ada dlm beg.. Negatif je...gatal check sebab suami dok cakap gitu..hehe..kalau ikut hati..tawar betul nak mencelup...
Ntah memang malas nak fikir pasal ni dah sebenarnya. Sebab dok tumpu pasal hal nak beli rumah ni. Susahnya la bank nk bagi loan pada orang macam kami ni. Keje sendiri...nak kena ada simpanan yang banyak samada dalam ASB atau FD.. Aishhh..azam ni kalau tak dapat juga tahun ni..kena bawa ke tahun depan... Sedih mengalahkan tengok upt negatif tau...huwaaa... Takpe la..nak buat cmne...rezeki rumah belum sampai.. DIA tau apa yg terbaik...moga ada rezeki kami selepas ini....aamiin...